Jumaat, 31 Disember 2010

Tok Wan Lebai Din dapat Cicit Menantu pulak


Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Bertemu kembali di laman blog Cucu-Cicit Lebai Din ini semoga kaum kerabat semua di lindungi Allah selalu serta sejahtera di sisi keluarga tercinta...

Rasanya dah agak lama saya tak berceloteh di sini... Kali terakhir selepas menghadiri majlis perkahwinan anak-anak Pak Jang Bakar tempohari...sedar tak sedar kini saya dapat menghadiri satu lagi majlis perkahwinan... Kalau dulu cucu Tok Wan Lebai Din yang kahwin, kini cicit Tok Wan Lebai Din pulak yang kahwin...

Pada 4hb. Disember, 2010 yang lalu...alhamdulillah saya dapat meluangkan masa mengiringi rombongan pengantin lelaki ke Batu Pahat, Johor. Kali ini saya dilantik menjadi wakil bagi pihak pengantin lelaki (cicit Lebai Din @ anak saudara saya). Entah kenapa Kak Zurina dan Abang Hassan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil bagi pihak pengantin lelaki sejak dari majlis pertunangan tempohari hinggalah ke majlis perkahwinan pada 4 dan 5hb. Disember,2010 yang lalu. Walaupun saya belum pernah memikul tanggungjawab ini sebelum ini, namun untuk tidak menghampakan harapan Kakak dan Abang ipar saya ini, saya gagahi juga. Akhirnya walau tak sesempurna mana, kedua-dua majlis itu berlangsung dengan lancar sampai ke akhir majlis... satu pengalaman yang sukar untuk saya lupakan...Terima kasih buat kak Zurina dan Abang Hassan sebab beri kepercayaan kepada saya dan terima kasih jua buat kak Sharipah dan Abang Salleh yang banyak membantu serta tahniah dan "Selamat Pengantin Baru" buat anak saudara saya (Mohd. Ariff Bin Abu Hassan dan isterinya Nurmalina Bte Ishak)

Terima kasih yang tak terhingga juga buat keluarga baru kat Batu Pahat yang telah memberi sambutan yang amat mengharukan...layanan yang cukup istimewa.. semoga kebaikkan tuan-puan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt....amin!!!

Buat semua kaum kerabat, insyaAllah kalau ada rezeki, kita akan berkampung di rumah Kak Zurina (rumah pengantin lelaki) pada tahun hadapan, 2011. Semoga kita semua dapat melapangkan masa...dan dapatlah kita bersua muka berkumpul sesama kita (Cucu-Cicit Lebai Din)...insyaAllah..

Sekian dahulu buat kali ini... Bersua lagi di Post akan datang, yang baik datangnya dari Allah swt..yang buruk kelemahan saya sendiri, saya menyusun sepuloh jari memohon ampun dan maaf...wabillahhitaufik walhidayah....assalamualaikum wb.

Sabtu, 20 November 2010

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI-PUTERI PAK JANG BAKAR @ ABD. HALIM BIN LEBAI DIN





Assalamualaikum dan salam 1 Tok wan...

Bertemu lagi di laman blog ini dengan doa dan harapan agar semua kaum kerabat di lindungi Allah swt dan berada dalam kesejahteraan disamping keluarga tercinta..

Hari ini...20hb. Nov,2010...macam yang dirancang..Arwah Tok Wan Lebai Din menerima 2 orang cucu menantu sekaligus...

Pak Jang Bakar @ Abd Halim pulak terima menantu lelaki...2 orang sekaligus...

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pak Jang Bakar yang kini makin bertambah-tambahlah ahli keluarganya dan secara tidak langsung, bertambahlah juga keluarga Tok wan Lebai Din...

Bersama-sama ini saya paparkan beberapa gambar kenangan yang sempat anak dara saya (kak long) rakamkan dimajlis tersebut...sebagai tatapan pada kaum kerabat yang tak berkesempatan ke sana tempohari...









Pasangan Puteri ke-8 Pasangan Puteri ke-6


Barang Hantaran

Generasi ke-4 Lebai Din
(Cicit Long Mat Bakar Arang)











Satu Pengalaman yang Tak Akan di Lupakan buat Selama-lamanya....



Isnin, 15 November 2010

WALIMATUL URUS

Assalamualaikum...dan salam 1 Tok Wan

Apa habaq semua kaum kerabat Tok wan Lebai Din.
Doa dan harapan saya agar semuanya berada dalam kandungan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta...

Hah...cuti sekolah dah nak mula...lusa kita semua akan menyambut Aidiladha...bagaimana dengan persiapan??? Ada ke yang ambil kesempatan menjalankan ibadah Qurban???"Selamat Hari Raya Aidiladha" saya dan keluarga ucapkan. Apa-apapun....disamping kita bersuka-ria...keselamatan haruslah diutamakan...tambahan pula sekarang musim hujan...anak-anak hendaklah sentiasa diawasi dan diberi peringatan...

Lagi satu...peperiksaan SPM dan STPM pun dah nak bermula...kepada cucu-cucu serta cicit-cicit Tok Wan yang akan menduduki peperiksaan, diharapkan telahpun bersedia dan didoakan semoga tenang menghadapi ujian tersebut dan dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan lancar insyaAllah...

Untuk pengetahuan semua kaum kerabat, saya diwakilkan oleh Pak Jang Bakar @ Abd. Halim bin Lebai Din (anak Tok Wan Lebai Din) menjemput semua kaum kerabat kerumahnya bagi meraikan majlis perkahwinan puteri-puterinya (makan kenduri) pada hari Sabtu ni (20hb. Nov. 2010) di alamat: No.9, Jln 4/8C, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Semoga dengan kehadiran kaum kerabat semua dapat memeriahkan lagi majlisnya nanti disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita..InsyaAllah...

Sekian dahulu buat kali ini.....
Bersua lagi dilain coretan...
Sambutlah salam kasih mesra dari saya dan keluarga buat semua kaum kerabat tercinta...
Wabillahitaufik..wassalam....

Khamis, 14 Oktober 2010

Akhirnya dikau pergi jua….Takziah buat keluarga Arwah Pak Long Mat (Bakar Arang)

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan

Buat semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din…
Tanggal 12hb Oktober 2010, kita digemparkan dengan berita yang menyedihkan hati, kembalinya salah seorang anak Tok Wan Lebai Din iaitu Pak Long Mat ( Ahmad Bin Lebai Din ) kerahmatullah. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1932 telah menghembuskan nafas terakhinya di Hospital Sg. Petani, Kedah sekitar jam 8.30pagi setelah 10 hari dimasukkan ke wad hospital berkenaan akibat tekanan darah rendah.
Pemergian beliau menyahut seruan Ilahi setelah 6 bulan isteri tercintanya terlebih dahulu meninggalkan kita.. Dikhabarkan bahawa semua anak-anak serta kaum keluarga terdekatnya sempat menziarahi dan berjumpa dengan beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya di usia 78tahun. Marilah kita bertafakur sebentar, mensedekahkan AL-FATIHAH k eats Rohnya…AL-FATIHAH!!!

Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, di kampung halaman beliau di Bakar Arang, Sg. Petani selepas solat Asar pada hari yang sama. Ramai sanak-saudara terutamanya kaum kerabat Tok Wan lebai Din jauh dan dekat telah meluangkan masa datang menziarahi jenazah beliau walaupun ada yang terpaksa ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir disamping tak kurang ramainya yang sabar menanti jenazahnya dibawa pulang ke kediaman beliau di Bakar Arang. Walaupun saya sendiri tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazah beliau sebelum disemadikan kerana kereta yang saya pandu mengalami kerosakkan tatkala saya melewati Tol Juru, namun saya tetap redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi, namun saya sempat menziarahi keluarga beliau di kediamannya pada malam hari tersebut dengan bantuan anak saudara saya (anak Kak Nab), Hussain Bin Ismail.

Kepada semua kaum keluarga terdekat Arwah Pak Long Mat, saya mengambil kesempatan ini sekali lagi mengucapkan TAKZIAH diatas pemergian orang yang paling kita sayangi ini dan marilah kita sama-sama berdoa semoga Roh Beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah swt. Usahlah kita bersedih lagi kerana sejauh mana kasih saying kita terhadap Arwah, Allah lebih sayangkan beliau….namun saya rasa sedikit terkilan kerana tidak sempat untuk menganjurkan pertemuan semua kaum kerabat “CUCU-CICIT LEBAI DIN” kerana beliau sangat-sangat menyokong tindakan kita untuk mengumpulkan semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya suatu ketika beliau sendiri menalipon saya memberi kata semangat dan mengucapkan tahniah kepada saya diatas usaha kecil saya yang menghasilkan blog ini untuk tatapan semua kaum kerabat Tok Wan lebai Din. “Mae, Pak Long personally nak ucapkan tahniah kat hang pasai buat Blog Cucu-Cicit Lebai Din ni, dah ramai jugak kaum kerabat yang ikut…moga-moga satu hari nanti kita dapat jumpa dengan semua kaum kerabat kita, InsyaAllah!!!” begitu serba-sedikit perbualan talipon saya dengan beliau diawal penubuhan Blog ini dulu. Beliau turut menyuarakan hasrat untuk hadir di majlis tersebut jika di izinkan Allah, namun harapan beliau tidak kesampaian. Namun beliau berbangga dengan sambutan yang telah kita berikan terhadap usaha yang sedang kita jalankan ini bagi menemukan semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din ini. Moga semangat kita tidak akan pudar dan terus bersemarak walaupun tanpa Pak Long Mat di sisi.

Kepada semua kaum kerabat yang sempat meluangkan masa menziarahi Arwah semasa beliau terlantar di hospital, maupun yang hadir memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah beliau tempohari, saya mewakili anak-anak dan cucu-cicit serta keluarga terdekat beliau mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada Wa Omar, Mak ngah Yah dan ramai lagi yang susah payah hadirkan diri. Walaupun dengan kesihatan yang kurang mengizinkan, namun atas perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan..digagahi jua. Moga Allah akan membalas dengan memberi kesihatan yang baik dan sempurna kepada semua yang hadir, InsyaAllah….

Kepada kaum kerabat yang tak berkesempatan hadir, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt semoga melimpahkan rahmatNya ke atas Roh Pak Long Mat, dibebaskan dari siksaan kubur, dilepaskan dari azab api neraka, diampunkan segala dosanya tatkala dihisab serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di Padang Mashar.



Sekian, yang baik itu datangnya dari Allah yang Maha Esa, yang buruk itu kelemahan saya sendiri…wabillahitaufik, walhidayah….wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…

BERSUA LAGI DI CORETAN AKAN DATANG !!!

Isnin, 11 Oktober 2010

Al-Fatihah buat Pak Long Mat (Bakar Arang)

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Duka-cita dimaklumkan Pak Long Mat Bakar Arang ( anak Tok Wan Lebai Din ) telah kembali kerahmatullah pada awal pagi tadi....

InsyaAllah saya akan usaha kesana bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir...

Marilah sama-sama kita berdoa semoga rohnya di cucuri rahmat...Amin.

Takziah buat semua ahli keluarga terdekatnya...

Rabu, 6 Oktober 2010

Ya ALLAH!!! Berikanlah Pak Long Kekuatan.....

Assalamualaikum...dan salam 1 Tok Wan.

Pagi tadi saya mendapat panggilan talipon dari Kak Nab (Kakak Sulung) saya memberitahu saya yang Pak Long Mat, anak Tok Wan Lebai Din kini terlantar di Hospital Sg. Petani akibat tekanan darah rendah.

Saya terus hubungi Kak Moriah (anak Pak Long Mat) untu mendapatkan butiran lanjut. Mengikut Kak Moriah, Pak Long Mat dibawa ke Hospital pada hari ahad lepas untuk mendapatkan rawatan kerana kurang selera makan..namun didapati tekanan darahnya terlalu rendah sehinggalah menyebabkan beliau ditahan di wad.

Menurut Kak Moriah lagi, keadaannya bertambah teruk menyababkan Pak long Mat terpaksa dimasukkan ke unit pengawasan rapi (ICU) bagi mendapat pengawasan yang lebih rapi...

Kepada sesiapa yang ada kelapangan diharap sudilah kiranya pergi menziarhi beliau di sana. Selebihnya marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau (Pak Long Mat) cepat sembuh dan boleh kembali menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa..Amin...

Kepada Pak Long Mat, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk Pak Long...kami semua sayangkan Pak Long dan inginkan Pak Long cepat sembuh. Moga Pak Long diberi kekuatan oleh ALLAH untuk menghadapi ujian ini...InsyaAllah dan kami yakin yang Pak Long Mampu...Pak Long Boleh...

Kepada anak-cucu Pak Long Mat diharap bersabar...terimalah ini sebagai salah satu dugaan Tuhan pada kita...jangan cepat berputus asa...teruslah berikhtiar serta berdoa...kemudian, bertawakkallah...insyaAllah...Allah akan beri yang terbaik untuk kita...cari dan dapatkanlah!!!

Sekian, wassallam.

Ahad, 3 Oktober 2010

Tiga suku terakhir 2010...

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan.....

Bertemu kembali di dada blog "Cucu-Cicit Lebai Din" ini dengan harapan semua kaum kerabat sihat sejahtera serta di berkati oleh Allah swt...Amin....

Syawal sedikit demi sedikit telah semakin jauh meninggalkan kita..kemeriahan rumah terbuka semakin pudar...kebanyakkan diantara kita telahpun kembali menjalankan aktiviti harian seperti sedia kala. September berlalu pergi..kini Oktober muncul tiba, tak lama lagi akan dituruti November dan seterusnya Disember...bererti..kita berada pada 3 bulan terakhir @ suku terakhir di tahun 2010 ini. Marilah kita renungi bersama, apakah pencapaian terbaik yang telah kita kecapi disepanjang tiga suku pertama 2010 ini..adakah tercapai apa yang kita azamkan tatkala di ambang 2010 dahulu??? Andainya masih belum tercapai, kita hanya ada lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk berusaha sebelum 2010 melabuhkan tirainya...namun saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua...semoga tercapai apa yang di cita-citakan...InsyaAllah.

Bila bercakap pasal suku terakhir setiap tahun, apa yang selalunya terlintas di kotak fikiran kita adalah Perperiksaan bagi anak-anak yang masih di bangku persekolahan terutamanya perperiksaan yang agak besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM serta Perperiksaan Akhir Tahun. Berbagai aktiviti telah dan sedang diaturkan bagi menyuntik semangat dan perangsang untuk anak-anak yang bakal menduduki perperiksaan seperti majlis solat hajat, bacaan yassin dan sebagainya.Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menduduki perperiksaan untuk semua Cucu-Cicit Lebai Din. Semoga anda semua telahpun bersedia dan tenang menghadapi ujian-ujian tersebut. Usah bimbang atau gusar kerana anda semua telah diiringi dengan doa kami semua terutama ibu dan ayah anda semua. Mulakanlah langkah anda dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah...InsyaAllah...usaha telah anda lakukan...maka bertawakallah...

Selain daripada itu, cuti persekolahan yang agak panjang pada hujung setiap tahun juga merupakan salah satu topik yang sering diperkatakan. Apa tidaknya, ramai diantara kita yang telahpun merencanakan sesuatu walaupun cutinya masih agak jauh. Ada yang bercadang untuk mengadakan majlis kesyukuran, berkhatan, pertunangan dan tak ketinggalan majlis perkahwinan.

Kebetulan saya menerima panggilan talipon dari salah seorang kaum kerabat kita iaitu Pak Jang Bakar @ Abd Halim Bin Lebai Din pada hari jumaat yang lalu. Beliau bercadang untuk mengadakan Majlis Kenduri melansungkan Perkahwinan anak-anaknya. Saya katakan "anak-anaknya" sebab menurut beliau sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang dari anak-anaknya akan melangsungkan majlis perkahwinan ini dan majlis ini akan diadakan serentak di kediaman beliau di Bandar Baru Bangi pada 20/11/2010, namun tarikh dan alamat yang tepat akan dimaklumkan kelak. Menurut beliau lagi..sekurang-kurangnya seekor lembu akan ditumbangkan pada majlis tersebut dan beliau menjemput kita semua ke majlis itu nanti.
Kepada Pak Jang Bakar @ Abd Halim..tahniah dari saya sekeluarga kerana akan mendapat 3 orang menantu sekaligus, bererti arwah Tok Wan Lebai Din akan menerima cucu menantu tak lama lagi dan akan bertambahlah kaum kerabat Tok Wan Lebai Din ini...alhamdulillah....
Kepada semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din, marilah kita bersama-sama memenuhi undangan Pak Jang Bakar ini, semoga kehadiran kita semua akan dapat mengembirakan beliau yang berbesar hati menjemput kita semua...disamping dapatlah juga kita bertemu sesama kita dan semoga dengan pertemuan ini akan dapat mengiratkan lagi hubungan diantara kita, "Kaum-kerabat Tok Wan Lebai Din" ini...InsyaAllah.

Kepada sesiapa lagi di antara kita yang bercadang mengadakan sebarang bentuk majlis dan berhasrat menjemput semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din, dan ingin menggunakan laman blog ini sebagai platform atau perantaraan, saya sangat-sangat megalu-alukannya. Silalah berhubung terus dengan saya dan saya akan usahakan sebaik mungkin untuk mencoretkan di laman blog ini...InsyaAllah..

Kepada kaum kerabat yang masih lagi belum menjadi ahli, diharap dapatlah berbuat demikian dengan menaip http://cucucicitlebaidin.blogspot.com/ dengan kadar segera kerana kita akan cuba memuatkan setiap aktiviti yang kaum kerabat kita anjurkan di laman blog ini (dengan izin).

Sekian dahulu buat kali ini, sehingga bersua lagi di lain coretan. Yang baik itu datangnya dari Allah yang maha Esa dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri...sekian, wassallam....

Isnin, 20 September 2010

Catatan Aidilfitri, 2010 Penuh Makna...

Assalamualaikum..dan salam 1 Tok Wan!!!

Sebelum jari-jemari saya terus menari di dada blog tercinta ini, izinkan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua anak, cucu, cicit serta kaum kerabat Tok Wan Lebai Din. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau di sepanjang hayat saya terdapat salah dan silap serta halalkan makan dan minum saya...benar kata pujangga "1001 gurauan belum tentu boleh mengukirkan 1 senyuman...tetapi dengan hanya 1 sindiran, sudah cukup untuk melukakan hati seseorang...
Lisan kekadang tak terjaga...
Janji kekadang tak terlaksana...
Hati kekadang berperasangka...
Sikap kekadang menyakitkan...
Hidup ini menjadi lebih indah...
Jika kita saling bermaafan...
Ya Allah...
Muliakan Saudaraku...
Bahagiakan keluarganya..
Berkati Rezekinya...
Kuatkan Imannya...eratkan Silatur rahim di antara kami....
Fuh!!! Aidilfitri kali ini begitu bermakna sekali. Apa tidaknya, buat kali pertama dalam hidup saya berhariraya di 5 buah negeri sekali gus...(Raya Sakan!!!). Mula-mula beraya kat kampung mertua di Terengganu. Hari raya pertama, kedua dan seterusnya ketiga, saya sekeluarga tidak dapat bergerak kemana-mana, hanya sempat menziarahi bapa saudara dan nenek saudara isteri saya yang agak tua dan uzur sahaja...selebihnya sibuk melayan tetamu yang tak putus-putus datang menziarahi bapa mertua saya yang sedang uzur. Letih..tetapi terharu bila menyaksikan golongan muda yang sihat walaafiat menziarahi orng tua yang sedang uzur. Ternyata sekali amalan ziarah menziarahi terutama oleh sanak saudara masih menjadi amalan dari satu generasi hingga ke satu generasi umat islam di seluruh pelusuk dunia.
Raya ke-empat, saya sekeluarga berangkat pulang ke Kuala Lumpur bagi memulakan tugas saya seperti biasa. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan 16hb.Sept,2010 merupakan cuti umum seluruh negara bagi menyambut Hari Penubuhan Malaysia. Saya mengambil peluang ini untuk menambah 1 hari lagi cuti (jumaat) bagi meluangkan masa menziarahi keluarga di bahagian utara semenanjung pula.

Kesempatan terluang ini saya isikan dengan menziarahi adik, kakak, abang serta keluarga terdekat di Perak. Hari Sabtu selepas subuh, saya sekeluarga memulakan "ekpidisi" mengunjungi kaum keluarga kita (kerabat Lebai Din) pula di sebelah utara semenanjung. Saya mulakan dengan menziarahi rumah Pak Long Mat di BakarArang, Sg. Petani. Alhamdulillah...gembiranya saya tak terhingga dapat bersua dengan Pak Long Mat yang kelihatan masih kuat dan bersemangat walaupun pada ketika itu beliau tengah berpuasa enam (syawal). Masa saya tiba, Kak Muriah (anak Pak Long yang ke-tiga) tengah sibuk mengopek kelapa untuk buat ketupat bagi menyambut raya enam. Belum sempat saya meninggalkan rumah Pak Long Mat, Kak Murni (anak sulong Pak Long) dan keluarganya pula tiba. Sempat juga saya bersalaman dengan Kak murni dan suaminya serta anak-anaknya. Kebetulan saya di situ, Kak Muriah menjemput saya sekeluarga ke rumahnya yang tak jauh dari situ. Peluang yang baik ini saya sambut dengan senang hati. Dapat juga saya berkenalan dengan keluarga Kak Muriah. Saya sekeluarga dijamu dengan bihun goreng dan kuih raya...sedap!!!. Terima kasih buat keluarga kak Muriah yang begitu ramah melayan kami sekeluarga.

Keluar dari rumah Kak Muriah, saya terus menghubungi Abang Ayob (anak Mak Cik Mariam) di Guar Cempedak. Malangnya beliau ketika itu berada di Penang atas urusan kerja. Hasrat hati nak ziarah keluarga Abang Ayob tapi terpaksa ubah haluan mencari Kak Cik Wa Omar pulak. Alhamdulillah...Kak Cik sedia menanti kedatangan kami dan pada ketika itu, Abang Harun (adik Kak Cik) dan Abang Ad (langkawi) ada bersama-sama di rumah kak Cik menziarahi Wa Omar. Setiba ke rumah Kak Cik, Wa Omar kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan kami sekeluarga. Saya begitu terharu dengan Wa Omar yang begitu semangat bercerita..walaupun dengan kesihatannya yang menampakkan kepenatan. Datang keinsafan di dalan diri saya akan kebenaran kata-kata penulis sebuah buku yang saya baca kira-kira maksudnya, "Kebahagian seorang (ibu / bapa) adalah tatkala anak-anaknya datang menziarahinya ketika ia memerlukan. Dia (ibu / bapa) akan bercerita dan terus bercerita dan menjadi tanggungjawab anak-anaknya untuk terus mendengar kerana mereka (anak-anaknya) akan merindui cerita-ceritanya apabila dia (ibu / bapa) telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah...bukakan pintu hati kami untuk menyayangi mereka (ibu / papa) kami dan menyintaiMu dan rasulMu ya Allah...
Kami sekeluarga sempat solat zohor dan asar (jamak) serta makan tengahari di rumah Kak Cik. Kesian kak Cik yang bertungkus-lumus memasak dan menyediakan makan tengahari untuk kami. Sedap makan nasi dengan ikan pekasam (lauk kegemaran Wa Omar). Tambah sampai dua tiga pinggan. Buat Kak Cik...terima kasih daun keladi!!!.

Kemudian, pemanduan kami terus menghala ke utara kedah. Rumah Mak Ngah Yah jadi haluan. Malangnya saya terlepas jalan masuk menuju ke rumah Mak Ngah. Terpaksa saya ubah destinasi mencari rumah Kak Nab (Kakak sulong saya) pula. Gembira saya dapat pertemukan anak-anak saya dengan mak saudara mereka yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Saya terpaksa pendekkan masa saya bersama keluarga Kak Nab kerana masih ada dua atau tiga rumah lagi yang ingin saya ziarahi sebelum saya bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Dari rumah Kak Nab, saya berpatah balik ke rumah Mak Ngah Yah melalui jalan belakang. Sama seperti Pak Long Mat dan Wa Omar, Mak Ngah Yah juga begitu ceria menyambut kunjungan kami sekeluarga. Mak Ngah Yah begitu menghiburkan dengan telatah jenakanya hingga tak kering gusi saya, isteri dan anak-anak dibuatnya. Hilang semua keletihan yang dirasai. Patutlah Mak Ngah kelihatan awet muda sebab beliau sentiasa riang gembira seolah-olah tak ada masalah langsung walaupun di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Syabas buat Mak Ngah Yah....

Saya meneruskan perjalanan menuju ke Alor Star mencari Mak Cik Melah. Puas diberi petunjuk jalan oleh Mak Cik dan Pak Cik, akhirnya kami sekeluarga tiba di rumahnya sekitar jam 8.00 malam. Lontong dan kuih raya telah siap menanti kehadiran kami sekeluarga. Sempat solat Magrib dan Isyak (jamak) serta berbual-bual sekejap, sekitar 9.30 malam, kami bertolak balik ke Kulim (rumah Kak Pah Mat Isa) untuk menzirahi beliau dan suami serta bermalam di situ. Keesokkan paginya saya dah kena hantar anak sulong kami ke Bertam, Kepala Batas untuk menyambung pengajiannya di sana. Pukul 12.00 tengahari..saya bertolak balik ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak bongsu saya pula balik ke asramanya di Subang Jaya sebelum pukul 6.00 petang. Alhamdulillah...saya selamat sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Walaupun penat...saya rasa puas hati sebab tertunai hajat saya sekeluarga untuk menziarahi beberapa keluaraga (terutama orang-orang tua) kita di Utara Semenanjung. Kepada sesiapa yang tak sempat saya kunjungi, saya mohon ampun dan maaf kerana kesuntukan masa. InsyaAllah...panjang usia, ada rezeki, pasti kita akan bersua juga..Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi kita peluang intuk bersua-muka...Amin ya Rabbulaalamin...

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa. Yang baik itu datangnya dari Allah swt..yang buruk dari diri saya sendiri...wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..
Bertemu kita di lain coretan....

Rabu, 8 September 2010

Cicit Lebai Din - Part I

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan….

Seperti yang telah saya janjikan tempohari…kini tibalah masanya untuk saya memulakan kembali coretan di dada blog “Cucu-Cicit Lebai Din” ini tetapi kali ini dengan lebih kembang lagi…maksud saya, kalau dahulu kita hanya mengenali anak-anak dan cucu-cucu Tok Wan Lebai Din, tapi kali ini kita akan mengenali dengan lebih dekat lagi cicit-cicit Tok Wan Lebai Din pulak..
Alhamdulillah..dengan sokongan semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din terutama cicitnya yang bernama Fisol ( anak Che Nah, cucu kepada Pak Cik Hassan ) maka akan terpaparlah “Cicit Lebai Din – Part I” di laman blog ini. Moga dengan kemunculannya kelak akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita…insyaAllah..
Adapun cicit-cicit Tok Wan Lebai Din yang akan saya paparkan pada kali ini adalah merupakan cucu kepada Arwah Pak Cik Hassan hasil perkongsian hidupnya bersama isterinya yang bernama Putih yang berasal dan masih menetap di Pulau Langkawi. Walaupun Pak Cik Hassan telah kembali ke rahmatullah, isterinya Putih masih ada. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Mak Cik Putih sejahtera dan sihat diberi Allah swt.
Seperti yang telah saya coretkan dahulu, Pak Cik Hassan mempunyai empat (4) orang cahaya mata iaitu (Abg Man, Che Nah, Roziah dan Aziz). Abang Man (Hussain) pula telah di anugerahkan empat (4) cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Kak Aishah iaitu (Haslina, Hasbullah, Hasri dan Hasniza). Masing-masing telahpun berumah-tangga dan kebanyakkannya menetap di Langkawi kecuali Hasniza yang kini menetap di Batu Pahat.

Dengan ini jumlah Cicit Lebai Din setakat ini adalah empat (4) orang..

Manakala Che Nah (Maimunah) pula telah dikurniakan empat (4) orang cahaya mata juga hasil perkongsian hidupnya dengan Abang Nayan. Untuk pengetahuan semua..Fisol (orang yang bertanggungjawab memberi maklumat tentang keluarga Pak Cik Hassan ini kepada saya) adalah merupakan anak kepada Kak Che Nah dan Abang Nayan ni lah. Anak-anak Che Nah dan Abang Nayan ni adalah (Fisol, Nirwani,Fairuz dan Nur Athikah). Semuanya sudah berumah-tangga kecuali Nur Athikah yang masih belajar. Fisol dan Firuz kini menetap di Kuala Lumpur, Nirwani menetap di Jitra manakala Nur Athikah tinggal bersama Kak Che Nah dan Abang Nayan di Alor Star.
Jumlah Cicit Lebai Din setakat ini menjadi lapan (8) orang.

Sekarang mari kita jengah pula keluarga Kak Rodziah dengan Abang Teh (Mansor). Keluarga bahagia ini telahpun di anugerahkan enam (6) orang cahaya mata iaitu (Zuhir, Zuhaini, Zuhaimi, Zuriaty, Zul Hafiz dan Nasuha). Tiga daripadanya sudah berumah-tangga dan selainnya masih solo dan kesemuanya menetap di Pulau Langkawi.
Jumlah Cicit Lebai Din setakat ini adalah empat belas (14) orang.

Kini mari kita singgah jenguk keluarga Abang Che Aziz dengan Kak Rozana pulak. Pasangan ini pula di anugerahkan enam (6) orang cahaya mata iaitu (Mohd Ikhwan, Mohd Ikhmal, Mohd Ehsan, Mohd Ikhbal, Nurlily dan Mohd Ikhlas). Kesemua ahli keluarga ini kini menetap di Pulau Langkawi dan pasangan ini masih belum mempunyai seorangpun menantu.

Kini jumlah keseluruhan Cicit Lebai Din setakat ini adalah dua puluh (20) orang.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri...



"Keikhlasan Hati Untuk Saling Memaafkan, Memberi makna berharga dalam Kehidupan...


Andai Jemari Tak Mampu Berjabat, Langkah kaki tak mampu untuk Bertemu, Setidaknya kata masih terungkap setulus Hati, Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin...


Ikhlas dari..


Ismail Sekeluarga

Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Takziah buat keluarga Marsha Maisarah bte Harun

Assalamualaikum...buat semua dan salam 1 Tok Wan...
Saya telah terima satu khabar yang menyedihkan mengenai salah seorang dari keluarga kita iaitu cicit kepada Tok Wan Lebai Din, cucu kepada Wa Omar, anak kepada Abang Harun, Adik Marsha Maisarah bte. Harun yang berusia 5 tahun telah kembali kerahmatullah pada 04hb. Ogos 2010 akibat kemalangan. Moga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

Saya mengambil kesempatan ini mewakili semua suku-sakat serta cucu-cicit Lebai Din menyucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga semua ahli keluarganya tabah menghadapi ujian Allah ini. Ingatlah...setiap yang hidup pasti akan menemui mati dan Tuhan lebih sayangkan dia..

Kepada keluarga Abang Harun, mohon maaf sebab tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga beliau..Apa-apapun, kami sentiasa berdoa kehadrat Ilahi semoga Abang Harun sekeluarga diberi kekuatan oleh Allah swt....amin..

Ramadhan Al-Mubarakh

Assalamualaikum..., Salam 1 Tok Wan..

Yeah!!! Ramadhan yang di tunggu-tunggu bakal muncul tiba tak berapa lama lagi...
Diharap semua suku-sakat Tok Wan Lebai Din bersiap-sedia menghadapi bulan yang teramat mulia ini...
Semoga kehadiran Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua...
Somoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, sebelumnya dan sebelumnya.
Bersamalah kita merebut peluang yang MASIH ada ini sebelum ianya menjadi sudah terlambat...
InsyaAllah...semoga ALLAH swt mempermudahkan setiap urusan kita disamping melipat gandakan pahala untuk kita. Apa yang perlu kita lakukan hanya lah melipat gandakan usaha dan amalan kita, buat yang disuruh..jauhi yang ditegah.
Wassalam....

Ahad, 1 Ogos 2010

Berita Terkini

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan kepada semua...

Alhamdulillah...pagi tadi dapat panggilan talipon daripada Abang Man dari Langkawi.
Mula-mula nampak ada miss call kat hand phone saya...hai siapa pulak yang call saya malam tadi..maklumlah malam tadi tertidur awal sikit...letih agaknya...lepas isyak je, mata dah terlelap.. Pagi ni baru sedar ada miss call kat hand phone saya tuu...terus call balik, takut-takut ada kecemasan...alhamdulillah anak Abang Man yang nombor 3 yang sedang bercuti bersalin katanya menjawab. Apabila memperkenalkan diri, cicit Lebai Din rupanaya...anak Abang Man pulau langkawi.

Kemudian, Abang Man sendiri pula yang menghubungi saya. Alhamdulillah...orang yang saya cari-cari selama ini telahpun ditemui walaupun hanya melalui talian talipon. Seingat-ingat saya...kami pernah bersua sewaktu saya masih kecil lagi.. Waktu itu arwah emak saya masih hidup...Sekarang,,anak saya yang bongsu pun telah berusia 16 tahun. Bayangkan dah berapa lama kami tak bersua? Kalau dapat bersua muka, alangkah gembiranya. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita dah boleh berhubung melalui talipon kan?. InyasAllah jika dipanjangkan usia dan diizinkan Allah swt, pasti kita akan bersua juga.

Kepada sesiapa lagi, anak, cucu, cicit serta suku-sakat Tok Wan Lebai Din, bolehlah mengikut jejak langkah Abang Man untuk menghubungi saya tanpa rasa segan silu. Matlamat saya jelas iaitu mendapat seberapa banyak maklumat tentang diri masing-masing supaya kita akan sentiasa mengetahui perkembangan keluarga kita di masa akan datang. Boleh juga menyatakan kepada saya aktiviti yang ingin saudara-saudari laksanakan seperti kenduri-kendara atau ingin mengerjakan haji atau umrah, semuga hubungan kekeluargaan kita semakin erat dan utuh.

Kepada sesiapa sahaja yang kebetulan datang bertandang atau melalui Kuala Lumpur ini, bolehlah menghubungi saya..boleh jugak singgah ke teratak buruk saya ni bagi melepaskan sedikit lelah disamping dapat mengenali dengan lebih rapat lagi..InsyaAllah..

Jumaat, 30 Julai 2010

Maklumat tentang Cicit Lebai Din

Assalamualaikum buat semua cucu-cicit Tok Wan Lebai Din...

Bagi mempercepat dan memudahkan untuk saya meneruskan coretan di laman blog ini..di mana saya sekarang tengah mengumpul seberapa banyak informasi tentang cicict Lebai Din, saya sangat-sangat berharap agar sesiapa sahaja yang mempunyai informasi tentang cicit Lebai Din menghantar informasi tersebut kepada saya secepat mungkin. Boleh hantar melalui e-mail saya di alamat : cuculebaidin@yahoo.com atau talipon terus ke talian 012-9782856.
Lagi cepat saya perolehi informasi...lagi cepat akan saya muatkan di halaman blog ini. Kerjasama anda semua sangat-sangat saya hargai...terima kasih.

Rabu, 21 Julai 2010

Cucu Lebai Din - Part IV

Assalamualaikum...dan salam 1 Tok Wan,

Bertemu kita di Laman Blog Cucu-Cicit Lebai Din ini dengan harapan semua cucu-cicit dan suku-sakat Tok Wan Lebai Din diberkati dan diberi kesejahteraan oleh Allah swt....amin..

Untuk menyambung semula coretan salasilah Tok Wan Lebai Din yang masih lagi boleh dikira sebagai peringkat awal ini...saya seperti selalu ingin terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kiranya terdapat kesalahan atau kecacatan di mana sahaja di dalam coretan saya ini. Saya sangat-sangat berharap agar ada sesiapa sahaja di antara kita yang sanggup tampil membuat pembetulan tanpa rasa segan dan silu. Kerjasama anda semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Pada coretan saya yang telah lalu...saya ada menyatakan tentang gelaran "Pinang Kotai" yang saya kaitkan dengan Tok Wan Lebai Din. Alhamdulillah...dengan kehadiran Pak Long Mat (Bakar Arang) ke rumah anaknya (Kak Morni) di K.L baru-baru ni telah membetulkan kesilapan tentang gelaran "Pinang Kotai" ini. Menurut Pak Long Mat, gelaran Pinang Kotai ini adalah gelaran yang diberikan kepada ayah Tok Zainab (emak Pak Long Mat), bukan kepada Tok Wan Lebai Din. Terima kasih juga kepada Siti Hajar (anak Kak Murezon) yang telah mengemukakan isu ini untuk dirungkaikan bersama. Moga lebih ramai lagi dikalangan kita yang tampil memperbetulkan apa-apa juga isu untuk dirungkaikan bersama...InsyaAllah.

Berbalik kita kepada "Cucu Lebai Din - Part IV" yang akan saya paparkan ini, alhamdulillah saya dapat serba sedikit informasi dari kalangan ahli keluarga kita dari cabang Tok Som iaitu isteri Tok Wan Lebai Din yang terakhir ini sendiri iaitu dari Pak Jang Bakar dan Mak Cik Melah.

Saya sempat berhubung dengan Pak Jang Bakar dan Mak Cik Melah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Dengan kesibukan masing-masing menjalani kehidupan harian, Pak Jang Bakar dan Mak Cik Melah tak putus-putus menjawab persoalan yang saya ajukan walaupun hanya melalui sms. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada kedua-dua mereka ini yang telah banyak menyumbang untuk melengkapkan laman blog "Cucu-Cicit Lebai Din" ini. Moga Allah swt membalas segala kebaikan yang telah mereka hulurkan ini...amin...

Dari keluarga atau cabang Tok Som (isteri ke empat Tok Wan Lebai Din) ini, Allah swt telahpun menganugerahkan empat (4) orang cahaya mata hasil perkongsian hidup Tok Wan Lebai Din dan Tok Som ini iaitu (Abdullah, Abd. Halim @ Bakar, Siti Ramlah dan Rozali). Abdullah dikurniakan tiga (3) orang cahaya mata iaitu (Badrul Nizam, Bhahrulniza dan Anis Bgman). Tolong betulkan saya kalau tersalah ejaan atau keterangan. Abd. Halim atau lebih dikenali dengan nama Bakar pula di anugerahkan lima belas (15) orang cahaya mata iaitu (Norhafiza, Norsakina, Norrashidah, Mohd. Syahid, Khairunisa, Norzahidah, Mohd. Hafiz, Syahirah, Hidayah, Nadia, Ikhbar, Ikram, Mohd. Aiman, Noraisyah dan Norizati), manakala Siti Ramlah pula dikurniakan tiga (3) cahaya mata iaitu (Mohd. Amzar, Saiful Fakhri dan Zatil Aqmar), dan akhir sekali Rozali di anugarahkan satu (1) orang cahaya mata iaitu (Siti Aisah), menjadikan jumlah keseluruhan cucu Lebai Din dari cabang Tok Som ini seramai dua puluh dua (22) orang dan merupakan jumlah cucu teramai setakat ini.
Untuk makluman semua, Abdullah telahpun dahulu pergi meninggalkan kita menemui Ilahi. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...amin.

Nota: Jumlah keseluruhan cucu Tok Wan Lebai Din setakat yang diketahui adalah seramai enam puluh lapan (68) orang tidak termasuk yang telah dahulu pergi meninggalkan kita semua.

Semoga dengan terpaparnya coretan kali ini, dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya berbangga mempunyai ahli keluarga yang agak ramai dan sudah semestinya perasaan untuk bersua muka dengan semua ahli keluarga kita yang ramai ini menjadi semakin teruja.

Saya berhenti dahulu buat seketika coretan tentang "Cucu Lebai Din" ini. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang lebih tepat, harap dapat tampil memberi informasi terkini kepada saya atau komen terus di laman blog ini. Saya berasa sungguh berbesar hati diatas komen-komen yang telah dan akan anda berikan..terutama kepada Pak Long Mat (Bakar Arang) yang baru sahaja menghubungi saya melalui talipon sebentar tadi (setelah beliau membaca coretan di laman blog ini) menyatakan rasa gembira dan berbangganya terhadap apa yang sedang kita usahakan ini untuk menyatukan semua cucu-cicit serta suku-sakat Tok Wan Lebai Din ini. Beliau berdoa semoga usaha ini akan berhasil dan seterusnya menjadi kenyataan....amin...

Kalau diberi kekuatan dan sokongan, saya akan teruskan berceloteh di laman ini lagi...kali ini mungkin saya akan kembangkan lagi dengan kisah "Cicit Lebai Din" pulak...insyaAllah...
Tunggu kemunculannya...bila???

Khamis, 15 Julai 2010

Cucu Lebai Din - Part III

Salam 1 Tok Wan

Mohon maaf sebab buat semua orang ternanti-nanti sambungan kisah salasilah Tok Wan Lebai Din di laman blog ini. Memang kebelakangan ni saya agak sibuk dengan urusan pejabat hingga tak sempat untuk berceloteh di sini. Apa-apa pun, saya harap anda semua jangan mudah jemu dan akan terus menyokong blog ini sehingga tercapainya matlamat asal kita semua, semoga dipermudahkan urusan ini oleh yang maha Esa..InsyaAllah.

Dua cabang (Tok) telahpun kita lewati...kini tinggal lagi dua cabang (Tok) yang akan kita rungkaikan..InsyaAllah...

Seperti yang kita semua ketahui, isteri ketiga Tok Wan Lebai Din adalah Tok Zainab @ tok saya, ibu kepada arwah mak saya (Seti Iasah) dan Long Mat (Bakar Arang). Kita mulakan "Cucu Lebai Din - Part III" ni dengan salasilah dari keluarga Long Mat dahulu. Seperti biasa saya tidak akan senang hati selagi saya belum memohon ampun dan maaf terutama kepada keluarga yang terbabit kerana saya memang takut jika saya tersalah atau tersilap mencoretkan sesuatu yang bukan perkara sebenar dan ini boleh menyinggungkan banyak pihak. Jadi saya mulakan dengan susunan jari sepuluh memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Sebentar tadi, sempat juga saya menghubungi Kak Murni melalui SMS bertanyakan sedikit info. tentang adik-beradiknya iaitu anak-anak kepada Long Mat ini. Alhamdulillah...Kak Murni begitu senang untuk diajak berurusan. Gembira saya diberitahu yang Long Mat akan ke sini dalam waktu terdekat dan Kak Murni turut menjemput saya ke rumahnya di Ampang untuk bertemu dengan Long Mat nanti. Tentulah tak sabar rasanya saya untuk bertemu dengan Long Mat walaupun baru-baru ni saya telah menziarahi beliau di Bakar Arang, tapi masa untuk kami berbual-bual begitu singkat sekali memandangkan ketika itu saya mempunyai urusan lain yang perlu saya selesaikan.

Dari sumber (Kak Murni), saya diberitahu yang Long Mat dikurniakan sepuluh (10) orang cahaya mata tetapi dua (2) daripadanya meninggal. Jadi yang masih ada sekarang adalah lapan (8) orang iaitu (Kak Murni, Kak Murezon, Moriah, Afandi, Yacob, Sobri, Rosli dan Nazri). Kak Murezon dan suaminya (Abg Mansor) telah pun saya lawati tempohari. Saya sempat bermalam di rumah mereka dan idea asal untuk ketemukan semua cucu-cicit Tok Wan Lebai Din ni pun datang dari Abang Mansorlah. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Abg Mansor kerana membuka ruang bagi saya untuk memulakan semuanya ini.

Kita berbalik semula kepada kisah "Cucu Lebai Din - Part III", adik kepada Long Mat, anak Tok Wan Lebai Din ini hasil perkongsian hidupnya dengan Tok Zainab adalah Seti Iasah iaitu arwah emak saya yang sangat-sangat saya kasihi. Seti Iasah dianugerahkan sembilan (9) orang cahaya mata, tetapi tiga (3) daripadanya telah meninggal. Yang tinggal setakat sekarang ini ada enam (6) orang iaitu (Kak Zainab, Kak Saripah, Kak Rusna, Ismail @ saya, Alawi dan Nurhayati).

Nota: Cucu Lebai Din setakat ini berjumlah 46 orang tidak termasuk (5) orang yang telah meninggal dunia semasa kecilnya.

Sekian dahulu untuk kali ini. Bertemu kita di lain coretan. Sambutlah salam kasih mesra dari saya buat semua anak-anak, cucu-cucu serta cicit-cicit Tok Wan Lebai Din.
Wassalam.....
Nanti kemunculan coretan seterusnya..."Cucu Lebai Din - Part IV". Akan datang di medan ini tak lama lagi..

Khamis, 8 Julai 2010

Cucu Lebai Din - Part II

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Kembali kita kepada salasilah Tok Wan Lebai Din...
Mungkin ramai dikalangan suku-sakat Tok Wan Lebai Din tertunggu-tunggu akan kemunculan coretan "Cucu Lebai Din - Part II" ini dan Part-part seterusnya..Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mempercepatkannya tetapi dengan harapan agar ramai dikalangan kita yang tampil untuk membantu memberi informasi yang terkini dan tepat. Saya cuma takut dalam keghairahan saya untuk memuatkan segala informasi tentang keluarga kita, ada yang tercicir atau tersalah maklumat. Jangan kita merasa segan atau malu untuk menyatakan kebenaran kerana kebenaran selalunya akan terserlah jua akhirnya dan saya tidak mahu ada pihak-pihak yang terluka setelah laman blog "Cucu-Cicit Lebai Din" ini selesai sepenuhnya. Sebagai ahli keluarga Tok Wan Lebai Din yang sangat-sangat kita kasihi ini, saya berharap kita semua faham dan setuju dengat matlamat asal kita iaitu untuk mengumpulkan kembali semua suku-sakat Tok Wan Lebai Din supaya kita saling mengenali di antara satu sama lain. Taklah nanti seperti kata orang " Bertumbuk dahulu, kemudian baru tahu orang yang kita tumbuk itu saudara kita".

Harini saya akan mulakan coretan saya tentang "Cucu Lebai Din - Part II" ni dengan salasilah dari cabang keluarga "Tok Nah" (tolong perbetulkan kalau saya salah) yang berasal dari pulau lagenda Langkawi. Dikhabarkan Tok Nah mempunyai tiga (3) orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Tok Wan Lebai Din iaitu (Pak Lang Mat Zain, Pak Cik Hassan dan Mak Cik Mariam). Anak Tok Nah yang sulung. Pak Lang Mat Zain dianugerahkan enam (6) orang cahaya mata iaitu (Ahmad, Hawa, Hussin, Mariam, Saad dan Kalthom) manakala Pak Cik Hassan pula di anugerahkan empat (4) orang anak iaitu (Abg Man, Che Nah, Roziah dan Aziz) dan Mak Cik Mariam pula mempunyai tujuh (7) orang zuriat iaitu (Bashah, Sapiah, Yusuf, Ayop, Khalijah, Fadzil dan Abu Hassan). Maklumat ini mungkin juga kurang tepat tetapi saya sangat-sangat berharap agar ada salah seorang dari keluarga ini yang dapat tampil membantu saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Diberitakan keluarga Abang Man anak kepada Pak Cik Hassan kini masih menetap di pulau lagenda Langkawi.


Maklumat yang saya ada ini saya perolehi dari Abang Ayop anak Mak Cik Mariam, tetapi beliau kurang yakin dengan maklumat ini ketika saya hubungi beliau melalui talipon pagi tadi. Beliau menyarankan saya supaya kalau boleh menghubungi Abang Man di Langkawi bagi butiran yang lebih tepat. Kepada sesiapa yang mempunyai nombor talipon Abang Man di Langkawi, diharap dapat menghubungi saya di talian 012-978 2856 secepat mungkin. Apa-apa pun, terima kasih saya yang tak terhingga kepada Abang Ayop yang cuba membantu sekadar termampu. Semoga Allah membalas budi dan jasa beliau...
Nota: Setakat ini cucu Lebai Din adalah seramai tiga puluh dua (32).

Sebelum saya berhenti rehat untuk seketika bagi meneruskan coretan akan datang iaitu "Cucu Lebai Din - Part III" izinkan saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya setakat ini saya ada membuat sebarang kesilapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang itu kelemahan diri saya sendiri". Wassallam...TUNGGU EPISOD SETERUSNYA.......

Rabu, 7 Julai 2010

Cucu Lebai Din - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua suku-sakat Tok Wan Lebai Din..

Seperti yang telah saya janjikan semalam, saya akan mulakan coretan saya kali ini dengan salasilah "Cucu Lebai Din - Part 1" iaitu dari hasil perkongsian hidup Tok Wan Lebai Din dengan isteri pertamanya (Tok Minah).
Kita mulakan dengan anak sulung Tok Wan Lebai Din iaitu "Wa Omar" yang kita semua ketahui adalah merupakan ahli keluarga kita yang tertua setakat ini yang sangat-sangat kita kasihi.


Maklumat terkini tentang salasilah keluarga Wa Omar ini saya perolehi dari salah seorang cucu Tok Wan Lebai Din yang sememangnya berada di dalam kelompok keluarga bahagia ini sendiri iaitu daripada Kak Chik (Rohani). Pagi tadi sempat saya menghubungi Kak Chik melalui talipon. Walaupun dalam kesibukan Kak Chik mengurus rumah tangganya serta menjaga Wa Omar dan isterinya yang terlantar sedang sakit tua, namun Kak Chik begitu komited melayan setiap pertanyaan saya. Walaupun mungkin keterangan ini tidak begitu lengkap disebabkan faktor masa dan keadaan, namun saya rasa sedikit sebanyak memberi input yang amat berguna pada saya untuk meneruskan coretan saya di sini. Juga input yang saya perolehi dari sidang rakaman video antara "Abang Mansor" dengan "Wa Omar" sendiri sedikit sebanyak memberi kekuatan pada saya untuk menarikan jari-jemari sya berceloteh di sini. Kepada sesiapa sahaja terutama ahli keluarga terdekat Wa Omar yang mempunya maklumat yang lebih tepat, saya sangat-sangat berharap agar dapat menzahirkannya kepada saya. Andainya ada kesilapan yang tentunya tidak saya sengajakan, saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf.
Tunggu lapuran seterusnya sebentar lagi...

Diberitakan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Wa Omar mempunyai 10 orang anak, 45 orang cucu dan 90 orang cicit. Tapi dari perbualan saya dengan Kak Cik pagi tadi, Wa Omar telah berkahwin dengan dua (2) orang isteri. Isteri pertama beliau bernama Zainab dan isteri kedua beliau yang masih bersama beliau sekarang bernama Cik Amah. Dengan isteri pertama beliau, Wa Omar mempunyai empat (4) orang anak iaitu (Kak Lin, Kak Ah, Abg Man dan Abg Mat), manakala dengan isterinya sekarang, Wa Omar dianugerahkan enam (6) orang cahaya mata iaitu (Rohani @ Kak Cik, Abg Ibrahim, Abg Ayub, Abg Shuib, Abg Harun dan Abg Azizan) menjadikan jumlah keseluruhan anak-anak Wa Omar yang diketahui setakat ini adalah sepuluh (10) orang kesemuanya.
Adik kandung Wa Omar pula adalah Ngah Othman dan Abu Bakar. Tapi kedua-duanya telahpun pergi dahulu meninggalkan kita....AL-FATIHAH...moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Aminnn.
Ngah Othman pula di khabarkan mempunyai anak seramai lima (5) orang iaitu (Latif, Robiah, Cik Bedah, Zainab @ Rahmah dan Ramlah), manakala Abu Bakar, adik bongsu Wa Omar se ibu dan se bapa tidak dikurniakan seorang anak pun.


Nota: Jadi kesimpulannya..jumlah keseluruhan cucu Lebai Din dari cabang keluarga Tok Minah ada lima belas (15) orang kesemuanya setakat yang diketahui.
Besok saya akan sambung dengan "Cucu Lebai Din - Part II". Tunggu kemunculannya esok...InsyaAllah....
Wassallam..

Selasa, 6 Julai 2010

Asal-usul Tok Wan Lebai Din secara ringkas

Assalamualaikum...

Sebelum saya meneruskan coretan ini...izinkan saya memohon ampun dan maaf andai coretan saya ini bisa mencuit hati dan perasaan sesiapa sahaja terutamanya suku-sakat Tok Wan Lebai Din. Saya langsung tidak bermaksud untuk menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah mati, cuma ingin meneruskan niat suci dan ikhlas saya untuk mendekati dan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang asal-usul Tok Wan Lebai Din yang kita semua kasihi. Semoga niat suci saya ini akan dapat sambutan dari semua pihak agar khazanah kita ini dapat diamati oleh generasi muda hari ini dan anak cucu kita pula di masa akan datang, dan semoga usaha murni ini di berkati oleh Allah Taala.

Diriwayatkan Tok Wan Lebai Din adalah anak kepada Abdullah dan cucu kepada seorang pedagang India yang datang ke Tanah Melayu suatu masa dahulu. Tok Wan Lebai Din adalah salah seorang anak lelaki daripada enam (6) orang adik-beradik kepada Abdullah di mana seorang daripada saudara mereka adalah perempuan yang dipanggil "Cik Tam".

Sepanjang hayatnya Tok Wan Lebai Din telah berkahwin dengan empat (4) orang isteri dan mempunyai duabelas (12) orang anak hasil perkongsiannya dengan ke empat-empat orang isterinya itu. Dengan isteri pertama beliau (Tok Minah) yang berasal dari Baling, Kedah, beliau dianugerahkan tiga (3) orang cahaya mata lelaki iaitu (Wa Omar, Ngah Othman dan Abu Bakar). Dengan isteri kedua beliau pula (Tok Nah) yang berasal dari Pulau Lagenda Langkawi, beliau memiliki tiga (3) orang cahaya mata iaitu (Mat Zain, Hassan dan Mariam) manakala dengan isteri ketiga beliau (Tok Zainab) pula, beliau dikurniakan dua (2) orang cahaya mata iaitu (Ahmad dan Seti Iasah @ mak saya) dan dengan isteri terakhir beliau (Tok Tom), beliau mempunyai empat (4) orang cahaya mata iaitu (Abdul Halim, Abdullah, Ramlah dan Ghazali) dari hasil perkongsian hidup mereka.

Kita sepatutnya berasa sungguh bertuah kerana anak sulung Tok Wan Lebai Din iaitu Wa Omar masih lagi sihat walaupun telah menjangkau usia melebihi 107tahun dan kebanyakkan informasi tentang Tok Wan Lebai Din Pinang Kotai ini diperolehi daripada beliau oleh saudara kita iaitu Abang Mansor (suami kepada Kak Murezon anak Pak Long Mat Bakar Arang). Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan ini dan sangat-sangat berharap akan dapat lebih lagi sumber daripada sesiapa sahaja yang mengetahui salasilah Tok wan Lebai Din ini dimasa-masa akan datang. Sumbangan anda semua sangat-sangat saya hargai dan di dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sebelum saya menutup seketika tirai coretan saya ini, saya mengajak anda semua untuk sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk Wa Omar yang merupakan keluarga tertua kita setakat sekarang ini. Semoga Allah Taala memelihara, memurahkan rezeki serta memanjangkan usia beliau...ameen.
Tunggu coretan akan datang mengenai "CUCU LEBAI DIN".....wassallam..
Nota penting: Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan (sumber) dalam bentuk apa sahaja boleh menghubungi saya di talian 012-978 2856 atau e-mail terus kepada
cuculebaidin@yahoo.com

Isnin, 5 Julai 2010

Pengenalan

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua suku sakat @ anak cucu serta cicit kepada Lebai Din untuk sama-sama berceloteh di sini.

Tujuan utama saya mencipta blog ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak info tentang Tok Wan Lebai Din. Selebihnya agar kita dapat mengeratkan lagi silatulrahim serta mengenali dengan lebih rapat di antara satu sama lain. Semoga keujudan blog ini menjadikan medan untuk kita berhubung antara satu sama lain memandangkan ada di antara kita yang tinggal di luar kawasan atau daerah maupun negeri atau berada di luar negara.

Saya sangat-sangat berharap agar kita semua dapat memanafaatkan anugerah Tuhan yang maha Esa ini dengan memberi yang terbaik dan terikhlas...moga Tuhan mencucuri rahmatNya dan meletakkan di sisi orang-orang yang beriman ke atas roh Tok Wan Lebai Din, isteri-isterinya, anak-anaknya serta cucu-cicitnya yang telah terlebih dahulu pergi menemui ILAHI...AL-FATIHAH..