Sabtu, 30 April 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Megawati Bte Jamil






Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Bersua lagi di dada blog ini semoga kaum kerabat semua dilindungi dan diberkati Allah setiap masa. Apa habaq semua???

Seperti yang di rancang, alhamdulillah....semalam, 30hb. April, 2011 Arwah Tok Wan Lebai Din menerima seorang lagi ahli baru, "cicit menantu" setelah cicit Tok Wan (Megawati Bte Jamil) anak kepada pasangan bahagia kak Murni (anak kepada Long Mat) dan abang Jamil melangsungkan Majlis perkahwinan.
Pasangan Raja Sehari - Megawati & Mohd Shahnom
Buku Catatan Tetamu....
Penulis sedang mencatatkan ucapan....
Pengantin bergambar dengan ibubapa sebelah perempuan...
Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin...
Penulis sedang menepung tawar...
Gambar keluarga cucu lebai din (Kak Murni - Abg Jamil)

Apa yang dapat saya nyatakan perasaan yang sungguh gembira dan bahagia bila sesekali dapat berjumpa kaum kerabat begini...mencerahkan harapan saya untuk mengumpulkan semua ahli keluarga Tok Wan Lebai Din suatu hari kelak....bila??? sama-samalah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan...amin.

Sekian...
Yang baik itu datangnya dari Dia yang Maha Esa...yang buruk, kelemahan saya sendiri..maafkan andai terlanjur kata dan bicara..
Jumpa lagi.

Rabu, 27 April 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Bertemu lagi di dada blog tercinta ini, harapan dan doa saya semoga kaum kerabat semua dilindungi Allah selalu.

Semalam, 26hb. April, 2011 kita dikejutkan oleh berita sedih dengan kembalinya salah seorang menantu Tok Wan Lebai Din kerahmatullah. Allahyarhamah Mak Cik Putih yang menetap di Langkawi adalah merupakan isteri kepada Pak Cik Hassan. Kembali kerahmatullah akibat sakit tua.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah ke atas rohnya...semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...amin.

Selebihnya...semoga ahli keluarganya akan tabah dan sabar serta redha dengan pemergiannya.
Kepada kaum kerabat yang sempat mengunjungi jenazah serta kaum keluarganya...diucapkan berbanyak-banyak terima kasih...kepada yang tidak berkesempatan, diharap dapatlah memanjatkan doa buat arwah dan keluarganya.
"Daripada DIA kita datang...Kepada DIa jualah kita akan kembali"

Wabillahitaufik...walhidayah...assalamualaikum w.b

Jumaat, 22 April 2011

Sajian Tradisional

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan....

Apa habaq kaum kerabat Tok Wan semua???
Harapan dan doa saya semoga semuanya beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di samping keluarga tercinta....

Apa celoteh kita pagi ni???
Ce tengok baik-baik gambar sebelah ni....rasa-rasanya pernah ke kita menjamah makanan seperti ini @ bilakah kali terakhir kita berpeluang menjamu selera bersama-sama menu sebegini???
Tentu sesetengah dari kita terutama anak-anak kecil tertanya-tanya apakah menu makanan di atas?. Bilakah masa yang paling sesuai menjamah menu tersebut??. Di manakah boleh kita perolehi makanan ini???.

Buat anak-anak semua..., inilah yang dinamakan Makanan Tradisi santapan nenek moyang kita dahulu...kini...dan selamanya, dijamah ada kalanya diwaktu pagi (sarapan) atau tatkala menghadapi minum petang sambil bersantai bersama-sama keluarga. Menunya??? pulut tanak gaul kelapa (nyior), ikan pekasam @ ikan masin dan air teh "O".

Teringat saya suatu ketika dahulu tatkala saya masih kanak-kanak, arwah mak dan ayah selalu bawa makanan ini ke sawah (bendang) sebagai bekalan dan kami makan bersama-sama sekitar pukul 10.00pagi semasa berehat sebentar dari mengerjakan sawah padi. Sekarang saya rindukan semuanya itu dan tak mungkin dapat ulangi kenangan manis ini. Jika terlalu rindukan sangat, saya akan sediakan menu ini dan ajak anak-anak makan bersama-sama. Alhamdulillah kedua-dua anak saya dan isteri saya juga sukakan menu masakan ini.

Buat semua..."tradisi kita hak kita"....jangan sesekali kita lupa @ biarkan dia pupus ditelan zaman. Segarkan ia semula...supaya generasi akan datang sentiasa ingat pada adat resam serta tradisi nenek moyang kita.

Sekian...yang baik datangnya dari Dia yang Maha Esa dan yang buruk kelemahan saya sendiri...
Bertemu lagi di lain coretan...
Assalamualaikum wb.

Selasa, 12 April 2011

Jom pakat ramai-ramai p kolompo (JPRRPK)

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Sudah agak lama saya tak berceloteh di dada Blog ini...
Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu pulak untuk berceloteh sesuatu di sini...tapi tak ada isu panas untuk dikongsikan bersama...cuma,

Dengar khabar Tok Wan Lebai akan menerima seorang lagi cicit menantu hujung bulan ni. Kebetulan....majlis persandingan dan jamuan akan diadakan di Kolompo...hah!!! peluang keemasan untuk semua kaum kerabat bertandang ke Kolompo pulak kali ini. Apa macam??? Kali ni boleh datang tak???

Kepada sesiapa kaum kerabat yang telah menerima kad jemputan @ panggilan...harap dapat meluangkan masa hadir, memandangkan Kolompo terletak di tengah-tengah, jadi marilah kita beramai-ramai pakat berkunjung disamping mengeratkan lagi siraturrahim sesama suku sakat Tok Wan Lebai Din.

Kepada sesiapa yang masih belum menerima jemputan @ panggilan..harap bersabar. Mungkin kad belum sampai lagi. Maafkan saya sebab kali ini saya tak diwakilkan oleh tuan rumah...jadi tak bolehlah saya pandai-pandai menjemput!!! Lagipun majlisnya cuma akan diadakan pada hujung bulan ini..(30/04/2011), lambat lagi...masih punya banyak waktu.

Kepada kaum kerabat, cucu-cicit yang baru-baru ini telah mendapat tahu keputusan UPSR, PMR, SMA, SPM, STPM dan STAM, sebelum saya lupa...saya ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH!! kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang, usah berputus asa...redha dan cuba dan usaha lebih kuat lagi pada peperiksaan akan datang. Tak cemerlang kali ini bukan bererti tak akan cemerlang selama-lamanya...mesti yakin yang "CUCU-CICIT LEBAI DIN BOLEH...PASTI BOLEH!!!".

Sekian dahulu buat kali ini. Bertemu lagi di lain coretan.....
Wassallam....