Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan,,,
Bersua kembali di dada blog tercinta ini dengan harapan
semoga semua kaum kerabat berada dalam keberkatan Allah swt selalu.
Tanggal 01 Oktober, 2011 lalu, seperti yang dirancangkan, majlis
perjumpaan kaum kerabat Cucu-Cicit Lebai Din Zon Tengah telah diadakan di rumah
anak lelaki Tok Wan Lebai Din ( Pak Jang Bakar @ Abd Halim Bin Lebai Din ) di
kediamannya. Majlis yang direncanakan bermula dari pukul 1.00 ~ 6.00 petang itu
berjalan lancar dan kami disajikan dengan berbagai juadah. Sambil menjamu
selera, sambil beramah mesra. Alhamdulillah hampir semua kaum kerabat yang
berada di kawasan Zon Tengah ini ( setakat yang saya tahu ) hadir kecuali
saudara Fisol Nayan yang terpaksa berangkat ke Tanah Suci pada hari yang sama, saudara
Padin ( anak Abg Li Mak Ngah Yah ) yang terpaksa menjaga anaknya di hospital
dan Abang Long ( anak Mak Cik Melah ).
Syukur sangat kehadrat Ilahi kerana mempertemukan kaluarga
saya dengan Kak Murni sekeluarga, Kak Teh Mak Cik Yam sekeluarga dan Abang
Yaakob sekeluarga. Turut hadir Alawi sekeluarga, Mohd Ariff dan Isteri yang
tengah sarat mengandung dan Anis anak arwah Pak Ndak Lah. Namun sedikit terkilan
sebab tak sempat jumpa seorang lagi anak arwah Pak Ndak Lah yang telah balik
dahulu sebelum sempat kami sampai.
Dalam pertemuan itu, sempat kami berbual-bual sambil
berbincang. Alhamdulillah hasil perbincangan itu, kami sepakat mencadangkan
untuk mengadakan Majlis Pertemuan semua Kaum Kerabat Cucu-Cicit Lebai Din pada
tarikh dan tempat yang kami agak sesuai diadakan majlis tersebut. Mamandangkan
anak-anak arwah Pak Long Mat bercadang mengadakan majlis Qurban pada hari raya
kedua, aidiladha tahun ini di Sungai Layar, maka dengan persetujuan Kak Murni
dan Abang Yaakob, kami bersepakat mencadangkan pada tarikh dan tempat yang
disebut di atas. Pak Jang Bakar selaku Penasihat Cucu-Cicit Lebai Din Zon
Tengah juga telah menyatakan persetujuannya dan merestui tarikh dan tempat
tersebut.
Namun ini bukanlah merupakan keputusan muktamat. Sesiapa
sahaja boleh menyatakan cadangan dan pendapat masing-masing. Saya sangat-sangat
berharap agar ada kaum kerabat kita yang secara suka-rela mengaturkan pertemuan
kaum kerabat Cucu-Cicit Lebai Din Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur serta Zon
Sabah/Sarawak. Dengan tertubuhnya cawangan-cawangan ini, lebih mudah untuk kita
memantau serta mengaturkan apa-apa majlis yang akan kita anjurkan nanti.
Sekian dahulu coretan saya buat kali ini. Bertemu lagi di
lain coretan, sambutlah salam kasih mesra dari saya buat semua kaum kerabat.
Terima kasih yang tak terhingga saya sekeluarga buat Pak Jang sekeluarga yang
telah sudi menjadi tuan rumah bagi pertemuan Cucu-Cicit Lebai Din Zon Tengah
kali ini serta semua kaum kerabat yang telah meluangkan masa hadir di majlis
tersebut. Ingat janji kita diakhir perbincangan itu untuk terus mengada
pertemuan demi pertemuan bagi merancangkan aktiviti-aktiviti yang akan kita
lancarkan dari masa ke masa.
Sama-samalah kita berusaha menggerakkan persatuan kita ini
menjadi persatuan yang bergerak aktif bagi menjaga kebajikan kaum kerabat
“Cucu-Cicit Lebai Din” selaras dengan usaha murni yang pernah dilakukan oleh
Tok Wan kita “Lebai Din” dalam memperkasakan pendidikan dan agama anak bangsa
ketika hayat beliau.
Sekian…wassallam!!!