Sabtu, 26 November 2011
Masehi vs Hijrah
Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan,,,
Bertemu kembali di dada blog tercinta ini, semoga semua kaum kerabat, sahabat handai serta muslimin dan muslimat beroleh kesejteraan diberi Allah swt. Tak lupa Selamat menyambut tahun baharu Maal-Hijrah 1433H.
Berbicara tentang Hijrah...berbagai tafsiran serta penilaian yang selalunya kita dengar, kebanyakkannya mengajak kita berhijrah dari baik kepada lebih baik.. mengajak kita mengenang perjuangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw. bersama-sama Kaum Muhajirin dan pengorbanan yang diberikan oleh Kaum Anshar dalam menegakkan agama suci Islam, lantas membutuhkan kita meneruskan perjuangan dan pengorbanan ini dalam erti kata yang sebenar walaupun mungkin dalam bentuk dan situasi yang berbeza...
Pernahkah kita tanya diri kita sendiri,,,"apakah pengertian Hijrah itu pada kita???. Berapakah umur kita sekarang jika dikira mengikut Tahun Hijrah???, Bilakah sambutan ulang tahun kelahiran kita mengikut kelindar Islam???Bilakah pulak sambutan ulang tahun perkahwinan kita mengikut Takwim Islam??? dan seterusnya...dan seterusnya!!!"
Kadang-kadang kita lebih megutamakan tahun Masehi berbanding Hijrah. Contoh yang paling ketara,,,Sambutan tahun baru setiap 01hb. Januari disambut begitu meriah sekali, merayakan Hari Kemerdekaan pada tanggal 31hb Ogos setiap tahun dan berbagai-bagai tarikh lain lagi...malah ada yang berebut-rebut untuk mengadakan sesuatu majlis terutamanya majlis perkahwinan pada tarikh-tarikh keramat (kononnya) seperti 01.01.01, 02/02/02, 03.03.03 dan seterusnya dan yang paling hampir adalah 11.11.11. Siapakah dikalangan kita yang akan menjadikan tarikh 03 Rabiulawal 1433H (3.3.33) akan datang ini sebagai tarikh yang istimewa dalam hidupnya? Tarikh itu bersamaan dengan 27hb. Januari, 2012 (Jumaat). Akan adakah majlis "Grand" pada tarikh ini??? Tentu tidak ada artis yang akan kahwin pada tarikh ini bukan???
Apa-apapun...tarikh amat penting bagi semua orang...sesiapa sahaja. Mengingati tarikh-tarikh penting terutamanya, dapat mengingatkan kita pada sesuatu kisah yang akhirnya menjadi teladan atau sempadan kepada kita. Menilai sejauh mana persediaan kita menuju satu tarikh yang belum kita ketahui (mati), mengukur sejauh mana pengorbanan dan perjuangan kita. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...aminnn
Coretan ini saya coretkan buat renungan saya sendiri...juga untuk dikongsi bersama kaum kerabat, rakan taulan serta muslimin dan muslimat yang sudi berkongsi bersama. Andai terdapat kesilapan atau kekasaran bahasa, ini adalah merupakan kelemahan saya sendiri dan saya memohon berbanyak ampun dan maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang kurang itu kelemahan saya sendiri..
Sehingga bertemu lagi di lain coretan... wassallam!!!
Salam Maal-Hijrah'1433H
Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan...
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah yang bakal tiba.
Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua kaum kerabat, sahabat handai, muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.
Sabtu, 19 November 2011
Hilangnya Sukar Dicari Ganti...
Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan...
Bersua lagi di laman blog tercinta ini dengan harapan semua kaum kerabat beroleh kesejahteraan dan dilindungi Allah swt selalu.
Dikejutkan dengan panggilan talipon menjelang subuh 16 Novenber, 2011 saya terpaku seketika. Bagaikan masih bermimpi...antara sedar dengan tidak...
Abang Li :"Assalamualaikum mae!!!...Tidoq lagi ka??? Ni Abang Li nak bagi tau...Mak Ngah hang dah tak dak!!!"
Eh!!! Betulkah berita yang aku dengar ini??? atau apakah aku sedang bermimpi???. Tidak...aku bukannya bermimpi, aku sedang berhadapan dengan realiti, kenyataan yang hakiki...
Saya :"Innalillahiwainnailaihirojiunnn!!! Bila tu Bang Li?"
Abang Li : "Baru sat ni...saja bagi hang tau...tapi nak simpan awai...dalam pukui 11.00pagi ni.Hangpa nak balik tak dan kut!!! Takpalah...hang tok sah susahlah! cuma hang tolong sampai-sampaikan kat sapa2..Kat kak na hang nanti Abang Li bagi tau sendiri."
Saya : "InsyaAllah,, saya cuba bagitau kat sedara kita yang duduk di K.L ni"
Itulah perbualan ringkas saya dengan Abang Li anak arwah Mak Ngah Yah pada pagi 16/11/2011 yang lalu.
Kini telah beberapa hari berlalu, saya bagaikan tidak percaya yang saya telah kehilangan seorang wanita yang selama ini saya agak kagum dengan keperibadian, ketabahan dan kesabarannya dalam menempuh liku-liku kehidupan. Seorang wanita yang hanya merupakan menantu kepada arwah Tok Wan Lebai Din, yang begitu menjaga perhubungan kekeluargaan, silaturrahim sesama islam terutama di antara kalangan kaum keluarga suku-sakat kerabat Lebai Din. Seorang wanita yang telah lama ditinggalkan suami tercinta kerana terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi...seorang wanita yang telah membesarkan anak-anaknya dengan tulang empat keratnya....seorang diri, dengan kekuatan semangat, kecintaan dan kasih sayang sehinggalah kesemua anak-anaknya dewasa.
Sejujurnya saya baharu sahaja mengenali beliau hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Sempat beberapa kali menziarahi beliau,,,yang terakhir semasa beliau terlantar sakit lepas raya aidilfitri yang lalu, namun dari pengamatan saya, beliau cukup istimewa. Terimakasih saya yang tak terhingga buat Abang Ayob anak Mak Cik Yam yang telah menemukan keluarga saya dengan arwah Mak Ngah Yah.
Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi ahli keluarganya juga semua kaum kerabat Lebai Din. Masihkan kalian ingat tentang coretan saya "mak ngah yah yang saya kenali" dalam blog ini dahulu?. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah patut menjadi contoh dan ikutan semua kaum kerabat.
Marilah kita sama-sama bertafakur, menghadiahkan Al-Fatihah serta memanjatkan doa memohon kehadrat Ilahi semoga menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman...Aminnnn.
Langgan:
Catatan (Atom)