Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan....
Bersua kembali di dada blog tercinta ini. Apa habaq kaum kerabat serta sahabat semua. Harapan dan doa saya semoga sentiasa dilindungi Allah swt selalu mengiringi kalian. Dah agak lama saya tidak berceloteh di sini..rasa rindu yang amat sangat menggamit saya untuk kembali berceloteh... Hmmmm...apa agaknya catatan yang dapat kita kongsikan bersama kali ini ye!
Kesibukan dengan tugas dan bebanan kerja membuat kita merasa letih...lesu dan hampir tidak bermaya. Di saat begini apa yang terbayang di kotak fikiran kita hanyalah mencari kedamaian. Jauh dari kesibukan dan sebarang bentuk tekanan. Nampak macam mudah...namun pada sesetengah orang, ianya amat sukar untuk diperolehi. Tambahan tinggal di hutan batu yang penuh dengan hiruk-pikuk deruan injin kenderaan, gelagat manusai yang berbagai-bagai kerenah, yang masing-masing berlumba-lumba mencipta darjat dan kekayaan, hingga lupa erti kehidupan sebenar, menghirup udara yang entah tinggal berapa peratus ketulinan dan kebersihannya, menyaksikan berbagai-bagai kepincangan dan entah apa-apa lagi....semuanya ini amat memenatkan.
Lantas...ada yang pantas mengambil jalan mudah. Jalan pintas tanpa mengira dosa dan pahala, syurga atau neraka. Bagi kita umat Islam, tentulah jalan yang terbaik adalah kembali kepada apa yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, iaitu AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW. Paling tidak kita memuhasabah diri, dengan memerhati keadaan sekeliling kita. Keindahan alam ciptaan ILLAHI yang tiada tolok tandingnya ini. Lalu kita akan merasa rendah diri...tunduk sujud dengan keagunganNya. Betapa kita rasa sungguh bertuah kerna masih diberi kesempatan sampai ke saat ini. Pasrah dan syukur dengan nikmatNya....
Kekadang kita asyik dan leka dengan urusan duniawi semata-mata hingga kita terlupa bahawa masih ada urusan yang lebih penting dari itu. Ketahuilah bahawa;
Tidak Ada Urusan Yang Lebih Penting Bagi Seorang Hamba Melainkan Dari Mencari SIAPA TUHANNYA…
Kusendiri disini
Menghitung tasbih hayat
Kutiti jembatan kehidupan
Kuselami makna kebenaran
Beratnya beban hidup ini
Kudongakkan kepala
Menembusi langit tak berawan
Menghadap cahaya hidayahMu
Kupanjatkan do’a dari hati
Kulukiskan sendu pengabdian
Mengharap belas pengampunan….
Illahi Robbi…..
Disini kumencari redhaMu
Antara bebayang mentari
Dan redup embun membasahi
Mencari harga diri dihadapanMu
Illahi Robbi….
Kuselami makna kehidupan ini
Kutafsiri makna derita silam
Kutiti jalan perjuangan ini
dan,,, aku pasti kembali
Mencari sejernih air di Al-Kautsar….
AmpunanMu Ya Robbi…..
Sekian dahulu buat kali ini, bersua lagi di lain coretan....