Sabtu, 7 Disember 2024

Angan2 Berangan

 Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan

Bersua kembali di dada blog tercinta ini semoga semua kaum kerabat Tok Wan Lebai Din dilindungi dan diberkati Allah swt selalu. Apa khabar semua?

Dah begitu lama kita tidak keudara, terasa kekok pula. Dulu sibuk dengan kerja sehingga langsung tidak ada masa untuk buat entry, kini dah bersara ni harap ada masa untuk ke arah itu, tolong doakan.

Sebagai entry yang pertama selepas berehat panjang, penulis hanya ingin berkongsi pengalaman sendiri yang sedikit ini tentang penanaman pisang berangan. Lebih kepada mengumpul dan menyimpan rekod sendiri dan selebihnya untuk dikongsi bersama kaum kerabat yang dikasihi.

Di bawah dilampirkan catatan dari mula benih dibeli sehingga terkini.

Angan2 Berangan

-:071024

  Mula menanam benih tisu pisang berangan yg dibeli dari Kompleks Pertanian Negeri Ajil dgn harga RM3 sepokok sebanyak 30 pokok

- :071124

  Genap usia 1 bulan Hari ni merumput keliling pokok dan letak baja tinja kambing.

- :211124

 Hujan mulai turun, tanah basah dan kadang2 ada air hujan dalam lopak pokok pisang.

- :281124 

Hujan mulai lebat sehingga tenggelam anak pisang. Cuba selamatkan dengan naikkan tanah di sekeliling pokok.

- :281124

Genap 2 bulan usia berangan. Hujan dah berkurangan sedikit. Dah boleh letak baja tinja kambing. Naikkan tanah buat batas untuk elak tenggelam bila hujan lebat nanti. Mudah2an anak2 pisang ini tidak rosak. Bertabahlah wahai berangan.




081224 - Hari ni air naik lagi setelah hujan lebat malam tadi. Nasib baik sempat naikkan batas semalam, alhamdulillah tidak terendam anak pisang. Semoga berangan terus tabah dan kuat.



211224

070125 Genap 3 bulan usia berangan. Letak baja subur 12:12:17(2)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan