Sabtu, 18 Jun 2011

Anak Sulong Tok Wan (Wa Omar) yang dikasehi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan...

Penulis dengan Wa Omar (Anak Sulong Tok Wan yang kini berusia 108tahun)

Pagi tadi lepas solat subuh, saya termenung sejenak. Terasa bagai ada sesuatu yang tak kena ataupun ada benda atau kerja yang belum selesai. Puas difikir2.., dibelek2 diary...semak “outstanding matters”.., semua kerja dah settle.. tak ada pulak yang sangkut..!, apa agaknya..? Pening seketika. Terpandang Note Book di atas meja tulis di sudut bilik..,”mungkin ada sesuatu pada Note Book berkenaan” bentak hati kecil saya. “Yes!!!, ada coretan yang masih belum saya postkan ke dalam blog http://cucucicitlebaidin.blogspot.com.

Lantas Note Book berkenaan saya buka dan mula mengamati setiap gambar yang telah saya pindahkan ke dalamnya. Fikiran mula melayang mengingati kembali tiap detik yang berlaku tatkala kunjungan saya sekeluarga ke Utara Tanahair tempohari.

Penulis bergambar bersama keluarga kak Mariam dan Abg Man

Sedang rancak berbual sambil menjamah kuih karas buatan Kak Nab di rumah Mak Ngah Yah..,( untuk pengetahuan : Kak Nab Mak Ngah Yah merupakan pengusaha kuih karas yang termasyur di kalangan penduduk setempat ). Isteri saya tidak akan ketinggalan untuk membawa pulang tiap kali kunjungan kami ke rumah Mak Ngah Yah. Tiba2 talipon bimbit saya berdering. Dalam kesamaran ( sebab tak pakai cermin mata ), tertera nama Kak Chik Wa Omar pada skrin talipon bimbit saya.

“Assalamualaikum..Kak Chik!” saya mulakan bicara. “Waalaikum salam..,tak turun Logstaq ka?” balas Kak Chik ringkas. “InsyaAllah..ada apa Kak Chik?” Tanya saya lagi. “Ni...Wa hang suruh tanya, hang turun Logstaq tak singgah rumah ka?”. “Awatnya Kak Chik?, Wa tak sihat ka?” Tanya saya lagi dengan penuh debar. Dalam hati saya berdoa..janganlah ada perkara yang tak baik berlaku pada Wa Omar. “Wa hang jatuh dua tiga hari lepas..!, tapi dah bawak pi check doctor dah. Doktor kata Wa hang O.K..”. Baru lega sikit debaran di hati ini. “InsyaAllah.., memang niat kami nak jenguk Kak Chik dan Wa Omar sehari dua lagi” balas saya. “Kalau macam tu baguihlah..,Wa ni selalu sangat dok sebut, bersungut dah lama tak tengok hangpa..” bisik Kak Chik lagi. “InsyaAllah...kirim salam pada Wa!!!” balas saya menutup perbualan.

Memandangkan saya masih ada waktu, sebelum ke Alor Setar lepas solat zohor nanti dengan Kak Nab (kakak sulong saya) serta Kak Robiah (anak Mak Ngah Yah) saya mencadangkan kami terus sahaja menziarahi Wa Omar. Lagipun rumah Wa Omar dengan rumah Mak Ngah Yah tidaklah jauh sangat. Lebih kurang 20minit jarak perjalanan dengan kereta. Sayapun terus menghubungi semula Kak chik menyatakan yang kami akan kerumahnya sekejap lagi. Kak Chikpun setuju kerana diapun bercadang ke Alor Setar selepas zohor bersama dengan Abang Harun, adik Kak Chik.

Dalam perjalanan menuju ke rumah Wa Omar, saya tersasar masuk ke jalan menuju ke Sg. Yan. Sepatutnya saya harus ikut jalan menuju ke Guar Cempedak. Namun ada kebaikannya..saya melalui “Sekolah Menengah Agama Fauzi” yang dahulunya dikenali dengan panggilan “Pondok Ustaz Fauzi”. Ada kenangan saya bersama Tok Tom, isteri Tok Wan yang terakhir. Sama-sama kita tunggu kemunculan coretan saya tentang “Pondok Ustaz Fauzi” dan apa kaitannya dengan Tok Wan Lebai Din.

Setelah singgah sebentar di Sekolah Menengah Agama Fauzi, saya dan keluarga meneruskan perjalan...kerana matlamat kami adalah Wa Omar dan Kak Chik. Kak Chik dah tercegat di persimpangan jalan masuk ke rumah Wa Omar. Takut kami terlajak sebagaimana yang berlaku pada kunjungan kami aidilfitri yang lalu kata Kak Chik. Wa Omar sedang berbaring2 menantikan masuknya wakyu solat Zohor semasa kami tiba. Dia agak terkejut dan bingkas bangun. “Assalamualaikum...Wa apa habaq?” sapa saya sambil menghulur tangan bersalaman dengannya diikuti oleh isteri dan anak2 saya. “Hang tak bawak adik-adik hang? Wa takut tak sempat jumpa depa...” tiba2 soalan cepumas itu terpancul keluar dari mulut Wa Omar. Saya jadi terkaku...kelu...tak tahu apa jawaban yang paling baik bagi menjawab pertanyaan Wa kali ini. Mujur isteri saya cepat mencelah...”Depa semua dah dewasa, Wa!!!...bukannya budak2 lagi..kalau macam anak-anak, bolehlah kami heret kesana-kemari”. Saya harap Wa faham dengan maksud yang ingin disampaikan oleh isteri saya.

Sedang kami rancak bersembang dengan Wa Omar, satu lagi gerombolan kaum kerabat sampai rumah Wa Omar. Kali ini kaum kerabat dari Langkawi sampai dengan tiga buah kereta. Keluarga Kak Mariam..dengan suaminya, abg Man. Kak Mariam ni adalah cucu Tok Wan Lebai Din, saudara kandung Abg Ad yang saya ketemu semasa menziarah Wa Omar aidilfitri yang lalu...kat sini juga. Sempat juga kami bergambar beramai-ramai bersama Wa Omar, Abg Harun, Kak Chik serta kaum keluarga Kak Mariam yang mana ada.

Bergambar kenangan bersama kaum kerabat dari Langkawi.

Sekian dahulu buat kali ini...ketemu lagi dalam coretan akan datang...sambutlah salam kasih mesra dari saya buat semua...wassallam.

Rabu, 8 Jun 2011

Mak Ngah Yah yang Saya Kenali...

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan...

Bertemu kembali di laman blog tercinta ini, semoga kaum kerabat semua diberi kesejahteraan oleh Allah swt disamping keluarga tercinta..

Alhamdulillah...pada kunjungan saya dan keluarga ke Utara Tanahair tempohari bagi memenuhi undangan kerabat Tok Wan (Pn. Hjh Murezon dan Tn Hj Mansur) yang telah mengadakan Majlis Perkahwinan anak mereka, Siti Hajar Bt. Mansur (cicit Lebai Din), sempat saya dan keluarga menjengah Mak Ngah Yah yang kini sedang uzur di rumah beliau di Sg. Daun.

Seperti yang diduga, Mak Ngah Yah begitu tenang sekali menerima kunjungan kami sekeluarga, walau jauh di sudut hati beliau menampakkan sedikit kesayuan dan terharu bercampur sedih. Terasa oleh saya dan keluarga akan sedikit kelainan pada pertemuan kali ini memandangkan Mak Ngah Yah adalah seorang yang cukup periang dan peramah. Walaupun baru beberapa kali bertemu, namun kemesraannya dengan keluarga saya terutama isteri saya amat mesra sekali. Setiap kali perjumpaan, ada saja celotehnya yang akan membuat kami sekeluarga tidak kering gusi...namun, pada pertemuan kali ini keriangan tidak seperti dahulu lagi. Mak Ngah Yah tidak boleh berbicara dan berceloteh seperti dahulu. Setiap tutur-katanya sukar bagi kita untuk memahaminya. Puas juga saya cuba untuk memahami setiap tutur bicaranya namun...akhirnya saya jadi keciwa, sayu bercampur sedih dan kasihan.
Cuba kalian bayangkan..bila seorang yang selalunya petah berkata-kata
dan kini cuba berbicara dan akhirnya apa yang nak diucapkan tidak kesampaian? Apakah perasaan kalian tatkala itu? Tentunya keciwa, bukan?
Namun...apa yang dialami dan dirasai oleh Mak Ngah Yah berlainan sekali. Beliau tetap sabar dan sentiasa tersenyum dan sesekali turut tertawa. Langsung tidak menampakkan kekeciwaan di hati kecil beliau. Bila diajukan persoalan begini kepadanya, jawapannya sungguh positif. "Allah dah lama bagi Mak Ngah sihat..., sekarang dia bagi sakit pulak!!!, Dia nak ambil sikit demi sedikit apa yang Dia telah bagi pada Mak Ngah dulu...Mak Ngah redha!!!. Lihatlah betapa cekalnya hati seorang wanita bernama Mak Ngah Yah. "ITULAH MAK NGAH YAH YANG SAYA KENALI" Kecekalan hati dan kesabarannya membuatkan saya terasa diri ini terlalu kecil jika dibandingkan dengannya. Kita terutamanya saya akan cepat terasa keciwa jika ditimpa musibah. Susah sedikit saja sudah mengeluh...selalu terlupa bahawa ada hikmah disebalik setiap kejadian dan semua ini adalah dugaan Allah kepada hambaNya bagi menguji tahap kesabaran dan keimanan kita. Terlupa semua yang kita milikki adalah milik Allah, dan Dia berhak untuk mengambilnya semula dari kita. Kecekalan dan kesabaran Mak Ngah Yah sepatutnya dijadikan ikutan oleh semua kalangan terutamanya kita kaum kerabat Tok Wan Lebai Din.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa semoga Mak Ngah Yah akan cepat sembuh atau sekurang-kurangnya akan kekal bersemangat dan bersabar...tidak akan mudah dipengaruhi hasutan syaitan laknatullah.
Kepada ahli keluarga terdekat Mak Ngah Yah.., jangan kenal erti putus asa...berbanyak-banyaklah bersabar dan berdoa kepada yang Maha Esa...Jagalah Mak Ngah Yah sebaik mungkin...ingatlah pengorbanan beliau membesar dan menyara hidup kita sehingga kita berjaya. Sumbangan beliau tidak mungkin dapat dibalas walau dengan apa-apa sekalipun.
Kepada Kak Nab yang sentiasa berada disamping Mak Ngah Yah..., jagalah Mak Ngah Yah dengan seikhlas hatimu. Jangan disakiti hati dan perasaan beliau. Berbanyaklah bersabar...buktikan kepada diri kita bahawa anak juga mampu untuk menjaga ibu dengan baik. Tolak tanggapan masyarakat yang selalu berkata "Seorang ibu boleh menjaga sepuloh orang anak tetapi sepuloh orang anak tidak akan mampu menjaga seorang ibu." Lakukan dengan ikhlas..insyaallah, Tuhan akan sentiasa membantu kita...berdoalah kerana Allah akan memperkenankan doa anak yang soleh @ Solehah.

Sekian dahulu coretan saya buat kali ini. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri...ampun dan maaf andai terdapat salah dan silap dalam setiap coretan saya, samada saya sedar atau tidak....wasallam..



Ahad, 5 Jun 2011

Sorotan Peristiwa Majlis Perkahwinan Siti Hajar

Assalamualaikumdan salam 1 Tok Wan.


Berbicara kembali di dada blog tercinta ini, dengan doa dan harapan semoga semua kaum kerabat Tok Wan beroleh kesejahteraan di samping keluarga tercinta....

Dalam bicara kali ini, ingin saya coretkan serba sedikit tentang Majlis Perkahwinan Cicit Tok Wan (Siti Hajar Bt. Mansor) yang telahpun berlangsung pada hari Sabtu lepas,04hb. Jun, 2011.







"Penulis dankeluarga bergambar kenangan
bersama pasangan Pengantin"









Majlis gilang-gemilang yang dihadiri ramai sanak-saudara dan rakan-taulan ini berlangsung dengan suasana yang cukup meriah, dengan juadah yang berbagai-bagai.



Kepenatan bagai tak terasa diganti dengan keriangan dek terlalu gembira dapat bersua kaum kerabat tercinta yang agak lama sudah tidak berjumpa...terubat jua kerinduan di hati ini....



















Dalam keriangan berkunjung ke Utara tanahair kali ini,saya sempat juga menziarahi anak dan menantu Tok Wan yang sedang uzur. Saya akan coretkan hasil pertemuan saya dengan emak dan ayah saudara yang sangat saya kasihi ini di dalam coretan saya yang akan datang. Juga hasil lawatan saya ke tapak rumah terakhir Tok Wan Lebai Din yang terletak di Sekolah Agama Fauzi,di Yan Kecil,Kedah.

Sebelum saya akhiri coretan saya kali ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga kaum kerabat kita yang sedang uzur terutama anak dan menantu Tok Wan cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Sekian, yang baik itu datangnya dari Dia yang Maha Esa, Yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri...saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya terdapat salah dan silap atau terkasar bahasa dan bicara. Wassallam....

Tunggu kemunculan coretan akan datang...

Rabu, 1 Jun 2011

Cicit menantu Tok Wan

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan.....


Bertemu kembali di dada blog tercinta ini, harapan semoga semua kaum kerabat berada dalam peliharaan Allah swt serta berbahagia di samping keluarga tercinta...


Pejam-celik, pejam-celik dah masuk 1/2 tahun 2011 ni...apakah sumbangan kita??? Berapa banyak??? dan apa yang telah kita perolehi sepanjang 1/2 tahun yang telah berlalu??? Tentu banyak kenangan pahit manis dalam perjalanan kita sepanjang 1/2 tahun ini.


Namun yang pasti, sekarang adalah musim cuti persekolahan selama 2 minggu yang telahpun bermula Jumaat lepas. Seperti musim cuti persekolahan yang lepas-lepas, ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk menambahkan bilangan ahli keluarga, dengan lain perkataan mengadakan Majlis Perkahwinan. Tidak ketinggalan salah seorang kaum kerabat kita, cucu Tok Wan Lebai Din ( Puan Murezon dan suami ) yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan anak mereka ( Siti Hajar Bt. Mansor dengan pasangannya Mohd Hanif B. Hj Hasan ) di kediaman mereka 2000K Tmn Darul Aman Fasa 3, Jln Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah pada Sabtu ini, 4hb. Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H. Bermakna Tok Wan Lebai Din akan menerima seorang lagi cicit-menantu tak lama lagi.





Sanak-saudara, sahabat-handai serta jiran sepakat telahpun dijemput, maka kepada kaum kerabat terutamanya yang ada kelapangan, marilah bersama-sama bertandang bagi meraikan serta memeriahkan lagi Majlis tersebut disamping dapat bertemu mesra merapatkan silaturrahim sesama kita.


Disamping itu, jika masih punya waktu, apalah salah kiranya kita turut menziarahi keluarga kita yang sedang agak uzur sekarang ini yang tinggal tidak berapa jauh dari bandar Alor Setar ini, iaitu ( Wa Omar dan Mak Ngah Yah ) yang sangat-sanagat kita kasihi ini. Semoga dengan kehadiran kita menjengok mereka, akan dapat menceriakan mereka...InsyaAllah..


Sekian dahulu buat kali ini...bersua lagi di lain coretan...


Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu kekurangan saya sendiri...saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bicara...


Wassalam...