Bersua lagi setelah agak lama tidak berceloteh di dada blog tercinta ini. Apa khabar kaum kerabat semua? Harapan serta doa saya semoga kalian dilindungi Allah swt selalu.
Emmm...ada apa cerita terbaru??? cecite!!!cecite!!!
Biasalah kannn...cuti2 sekolah ni, kalau tak kenduri kahwin...berkhatan anak...takpun ambil kesempatan pergi bercuti sambil shoping2 ke...ataupun ziarah kaum keluarga.
Alhamdulillah....minggu lepas sempatlah jugak singgah ziarah Wa Omar. Walaupun sekejap sebab masa terlalu terhad, namun apa yang pasti saya amat bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menziarahi sambil berbual-bual mesra dengan bapa saudara saya yang paling tua ini. Dia kelihatan masih bertenaga walaupun kadang-kala agak kepenatan apabila terlalu banyak berbicara. Namun yang paling menarik perhatian saya adalah daya ingatannya yang cukup kuat hingga mampu untuk menyebut nama anak2 dan cucu-cucu2 Tok Wan Lebai Din. Bila ditanya apakah amalannya??? Dengan mudah dia menjawab.."Selalu2lah membaca Al-Quran"...itu je!!!
Semoga Wa Omar diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan oleh Allah swt untuk beliau terus mengumpul seberapa banyak bekalan dan memperkukuhkan keimanannya...Aminnn!!!
Photo terkini penulis bersama Wa Omar
Mmmm....
Entah kenapa bila berbicara tentang Wa Omar, hati saya sentiasa teringatkan arwah emak saya Seti Iasah Bt Lebai Din. Mungkin semasa hayat beliau selalu menceritakan kisah adik-beradik serta sepupu-sepupunya sama seperti yang selalu diceritakan oleh Wa Omar tiap kali saya bertemu dan berbual dengannya.
Arwah emak adalah seorang yang periang dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Semasa hayatnya, beliau amat disenangi oleh rakan2 dan jiran tetangga. Keakraban beliau dengan orang2 kampung tidak boleh dipertikaikan lagi. Sebut saja di mana ada majlis gotong royong, beliau pasti hadir membantu sedaya mampu. Namun usia beliau tak panjang...Tuhan lebih sayangkan dia!.
Teringat ketika zaman kanak2 dulu, majlis gotong-royong mengacau "Bubur Asyura"...habis satu kampung orang berkumpul bergotong-royong mengacau "Bubur Asyura" ini, dan seakan2 masih terdengar suara arwah emak di tengah2 kesibukan itu. Bila dah hampir masak, kami yang masih kecil ni masing2 menghulurkan daun pisang untuk diletakkan sesenduk "Bubur Asyura" untuk dimakan panas2. Saya rasa suasana begitu tidak lagi dapat dirasai oleh kanak2 masa kini dan mungkin ada dikalangan kita yang dah tak kenalpun apa itu "Bubur Asyura". Hari ini saya telah cuba mengacau "Bubur Asyura" ini, walaupun rasanya tak sesedap yang saya jamah semasa kanak2 dulu, namun saya puas hati sekurang2nya saya dapat mengenalkan "Bubur Asyura" ini pada generasi selepas saya (anak2).
Sempena bulan Muharram yang mulia ini, marilah kita sama-sama cuba menghidupkan kembali amalan orang2 tua kita dahulu...mengadakan majlis gotong-royong mengacau "Bubur Asyura" ini kerana amalan ini dapat mengeratkan sillaturrahim sesama kita.
Bubur Asyura hasil percubaan pertama penulis
Sekian dahulu buat kali ini. Bersua lagi di lain coretan. Ampun dan maaf andainya coretan ini menyinggung perasaan sesiapa sahaja. Yang baik itu datangnya dari Allah yang Maha Esa dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri.
Sekian...wassallam!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan