Bersua lagi di laman tercinta ini, semoga semua kaum kerabat dan suku sakat Tok Wan Lebai Din berada di dalam lindungan Allah swt selalu.
Dah agak lama saya tidak berbicara di sini...laman tercinta ini..dek kesibukan dan bebanan tugas harian yang kian menimbun...maka laman ini seolah-olah telah diabaikan..namun,,,kesempatan ditinggalkan keseorangan pagi semalam memberi peluang untuk saya menulis di ruangan ini hari ini.
Semalam, isteri dan anak dara saya menghadiri kuliah dhuha di Masjid berdekatan. Kuliah yang diadakan khas untuk kaum Hawa sahaja sebagai aktiviti sambutan hari ibu menyebabkan saya ditinggalkan keseorangan di rumah. Oleh kerana majlis bermula seawal pukul 9.00 pagi, saya mengambil keputusan untuk ke pasar mencari bahan2 yang boleh di masak sebagai menu makan tengahari hari ini. Cadang tu nak buat kejutan sikit buat isteri sempena Hari Ibu ni..
Sambil pusing2 cari bahan kat pasar, kepala juga tak berhenti berpusing mencari idea apakah masakan yang sesuai untuk tengahari ni...terpandang longgokan ikan patin yang agak sederhana besarnya di salah satu kedai...lantas idea Ikan Patin Masak Tempoyak pun timbul dalam kepala. "Jam dah hampir pukul 10.00 pagi..sempat ke masak sebelum dia orang balik dari kuliah ni?". Hati terdetik bertanya. "Ahhh!!! jangan fikir panjang lagi...cepat gerak sekarang"...jawab hati.
Lantas segera pilih salah se ekor ikan patin tersebut serta cari bahan2 yang lain dan segera dibawa balik ke rumah untuk dimasak. Sampai di rumah, operasi memasak yang selalu saya bahasakan "sepah-sepahkan dapur isteri" pun bermula...saya mulakan denagan :-
1) Basuh ikan patin terlebih dahulu. Saya gunakan air basuhan beras untuk hilangkan hanyir ikan patin tersebut. Arwah ibu saya selalu menggunakan kaedah ini jika memasak ikan air tawar.
2) Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih serta kunyit hidup dengan lesung batu. Kata orang tua2, rasa masakan yang tumbuk dengan lesung batu lebih sedap berbanding yang diblender.
3) Setelah lumat bahan2 itu ditumbuk, campurkan sedikit tempoyak dan air, kacau sampai sebati.
4) Campurkan semua bahan tadi dengan ikan patin, biarkan terendam dalam periuk selama 15 minit.
5) Ketuk serai, masukkan kedalam periuk dan buka api perlahan. Masukkan garam secukup rasa.
6) Biarkan isi ikan masak dan sebelum padamkan api, tambah sedikit daun kunyirt.
7) Setelah masak bolehlah angkat untuk dihidangkan..
kepala ikan patin masak tempoyak sedia untuk dijamah.
Sebenarnya bukanlah payah sangat untuk menyediakan masakan seperti ini..bertambah mudah bila ada minat dan keikhlasan. Belum sempat isteri dan anak dara balik, Ikan Patin Masak Tempoyak siap sedia sebagai kejutan atau lebih tepat lagi sebagai hadiah hari ibu. Terima kasih isteriku kerna menjadi ibu yang baik kepada anak-anak ku...
Tak lupa al-fatihah buat arwah ibuku yang tercinta Seti Iasah Bte Lebai Din yang telah melahir dan membesar serta mendidik daku sehingga begini. Jasa dan pengorbananmu tak akan aku lupa sehingga ke hujung nyawa dan semoga Allah swt menempatkan dirimu bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Buat ibu mertuaku, serta semua ibu-ibu yang membaca coretan ini..."Selamat Hari Ibu"
Sekian dahulu coretan saya buat kali ini...bertemu lagi di lain coretan...ampun dan maaf andainya coretan ini ada menyinggung perasaan sesiapa, yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri..Wasallam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan