Sabtu, 19 November 2011

Hilangnya Sukar Dicari Ganti...

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan...
Bersua lagi di laman blog tercinta ini dengan harapan semua kaum kerabat beroleh kesejahteraan dan dilindungi Allah swt selalu. Dikejutkan dengan panggilan talipon menjelang subuh 16 Novenber, 2011 saya terpaku seketika. Bagaikan masih bermimpi...antara sedar dengan tidak... Abang Li :"Assalamualaikum mae!!!...Tidoq lagi ka??? Ni Abang Li nak bagi tau...Mak Ngah hang dah tak dak!!!" Eh!!! Betulkah berita yang aku dengar ini??? atau apakah aku sedang bermimpi???. Tidak...aku bukannya bermimpi, aku sedang berhadapan dengan realiti, kenyataan yang hakiki... Saya :"Innalillahiwainnailaihirojiunnn!!! Bila tu Bang Li?" Abang Li : "Baru sat ni...saja bagi hang tau...tapi nak simpan awai...dalam pukui 11.00pagi ni.Hangpa nak balik tak dan kut!!! Takpalah...hang tok sah susahlah! cuma hang tolong sampai-sampaikan kat sapa2..Kat kak na hang nanti Abang Li bagi tau sendiri." Saya : "InsyaAllah,, saya cuba bagitau kat sedara kita yang duduk di K.L ni" Itulah perbualan ringkas saya dengan Abang Li anak arwah Mak Ngah Yah pada pagi 16/11/2011 yang lalu. Kini telah beberapa hari berlalu, saya bagaikan tidak percaya yang saya telah kehilangan seorang wanita yang selama ini saya agak kagum dengan keperibadian, ketabahan dan kesabarannya dalam menempuh liku-liku kehidupan. Seorang wanita yang hanya merupakan menantu kepada arwah Tok Wan Lebai Din, yang begitu menjaga perhubungan kekeluargaan, silaturrahim sesama islam terutama di antara kalangan kaum keluarga suku-sakat kerabat Lebai Din. Seorang wanita yang telah lama ditinggalkan suami tercinta kerana terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi...seorang wanita yang telah membesarkan anak-anaknya dengan tulang empat keratnya....seorang diri, dengan kekuatan semangat, kecintaan dan kasih sayang sehinggalah kesemua anak-anaknya dewasa. Sejujurnya saya baharu sahaja mengenali beliau hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Sempat beberapa kali menziarahi beliau,,,yang terakhir semasa beliau terlantar sakit lepas raya aidilfitri yang lalu, namun dari pengamatan saya, beliau cukup istimewa. Terimakasih saya yang tak terhingga buat Abang Ayob anak Mak Cik Yam yang telah menemukan keluarga saya dengan arwah Mak Ngah Yah. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi ahli keluarganya juga semua kaum kerabat Lebai Din. Masihkan kalian ingat tentang coretan saya "mak ngah yah yang saya kenali" dalam blog ini dahulu?. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah patut menjadi contoh dan ikutan semua kaum kerabat. Marilah kita sama-sama bertafakur, menghadiahkan Al-Fatihah serta memanjatkan doa memohon kehadrat Ilahi semoga menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman...Aminnnn.

1 ulasan: