Sabtu, 26 November 2011

Masehi vs Hijrah

Assalamualaikum dan Salam 1 Tok Wan,,, Bertemu kembali di dada blog tercinta ini, semoga semua kaum kerabat, sahabat handai serta muslimin dan muslimat beroleh kesejteraan diberi Allah swt. Tak lupa Selamat menyambut tahun baharu Maal-Hijrah 1433H. Berbicara tentang Hijrah...berbagai tafsiran serta penilaian yang selalunya kita dengar, kebanyakkannya mengajak kita berhijrah dari baik kepada lebih baik.. mengajak kita mengenang perjuangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw. bersama-sama Kaum Muhajirin dan pengorbanan yang diberikan oleh Kaum Anshar dalam menegakkan agama suci Islam, lantas membutuhkan kita meneruskan perjuangan dan pengorbanan ini dalam erti kata yang sebenar walaupun mungkin dalam bentuk dan situasi yang berbeza... Pernahkah kita tanya diri kita sendiri,,,"apakah pengertian Hijrah itu pada kita???. Berapakah umur kita sekarang jika dikira mengikut Tahun Hijrah???, Bilakah sambutan ulang tahun kelahiran kita mengikut kelindar Islam???Bilakah pulak sambutan ulang tahun perkahwinan kita mengikut Takwim Islam??? dan seterusnya...dan seterusnya!!!" Kadang-kadang kita lebih megutamakan tahun Masehi berbanding Hijrah. Contoh yang paling ketara,,,Sambutan tahun baru setiap 01hb. Januari disambut begitu meriah sekali, merayakan Hari Kemerdekaan pada tanggal 31hb Ogos setiap tahun dan berbagai-bagai tarikh lain lagi...malah ada yang berebut-rebut untuk mengadakan sesuatu majlis terutamanya majlis perkahwinan pada tarikh-tarikh keramat (kononnya) seperti 01.01.01, 02/02/02, 03.03.03 dan seterusnya dan yang paling hampir adalah 11.11.11. Siapakah dikalangan kita yang akan menjadikan tarikh 03 Rabiulawal 1433H (3.3.33) akan datang ini sebagai tarikh yang istimewa dalam hidupnya? Tarikh itu bersamaan dengan 27hb. Januari, 2012 (Jumaat). Akan adakah majlis "Grand" pada tarikh ini??? Tentu tidak ada artis yang akan kahwin pada tarikh ini bukan??? Apa-apapun...tarikh amat penting bagi semua orang...sesiapa sahaja. Mengingati tarikh-tarikh penting terutamanya, dapat mengingatkan kita pada sesuatu kisah yang akhirnya menjadi teladan atau sempadan kepada kita. Menilai sejauh mana persediaan kita menuju satu tarikh yang belum kita ketahui (mati), mengukur sejauh mana pengorbanan dan perjuangan kita. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...aminnn Coretan ini saya coretkan buat renungan saya sendiri...juga untuk dikongsi bersama kaum kerabat, rakan taulan serta muslimin dan muslimat yang sudi berkongsi bersama. Andai terdapat kesilapan atau kekasaran bahasa, ini adalah merupakan kelemahan saya sendiri dan saya memohon berbanyak ampun dan maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang kurang itu kelemahan saya sendiri.. Sehingga bertemu lagi di lain coretan... wassallam!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan