Selasa, 6 Julai 2010

Asal-usul Tok Wan Lebai Din secara ringkas

Assalamualaikum...

Sebelum saya meneruskan coretan ini...izinkan saya memohon ampun dan maaf andai coretan saya ini bisa mencuit hati dan perasaan sesiapa sahaja terutamanya suku-sakat Tok Wan Lebai Din. Saya langsung tidak bermaksud untuk menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah mati, cuma ingin meneruskan niat suci dan ikhlas saya untuk mendekati dan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang asal-usul Tok Wan Lebai Din yang kita semua kasihi. Semoga niat suci saya ini akan dapat sambutan dari semua pihak agar khazanah kita ini dapat diamati oleh generasi muda hari ini dan anak cucu kita pula di masa akan datang, dan semoga usaha murni ini di berkati oleh Allah Taala.

Diriwayatkan Tok Wan Lebai Din adalah anak kepada Abdullah dan cucu kepada seorang pedagang India yang datang ke Tanah Melayu suatu masa dahulu. Tok Wan Lebai Din adalah salah seorang anak lelaki daripada enam (6) orang adik-beradik kepada Abdullah di mana seorang daripada saudara mereka adalah perempuan yang dipanggil "Cik Tam".

Sepanjang hayatnya Tok Wan Lebai Din telah berkahwin dengan empat (4) orang isteri dan mempunyai duabelas (12) orang anak hasil perkongsiannya dengan ke empat-empat orang isterinya itu. Dengan isteri pertama beliau (Tok Minah) yang berasal dari Baling, Kedah, beliau dianugerahkan tiga (3) orang cahaya mata lelaki iaitu (Wa Omar, Ngah Othman dan Abu Bakar). Dengan isteri kedua beliau pula (Tok Nah) yang berasal dari Pulau Lagenda Langkawi, beliau memiliki tiga (3) orang cahaya mata iaitu (Mat Zain, Hassan dan Mariam) manakala dengan isteri ketiga beliau (Tok Zainab) pula, beliau dikurniakan dua (2) orang cahaya mata iaitu (Ahmad dan Seti Iasah @ mak saya) dan dengan isteri terakhir beliau (Tok Tom), beliau mempunyai empat (4) orang cahaya mata iaitu (Abdul Halim, Abdullah, Ramlah dan Ghazali) dari hasil perkongsian hidup mereka.

Kita sepatutnya berasa sungguh bertuah kerana anak sulung Tok Wan Lebai Din iaitu Wa Omar masih lagi sihat walaupun telah menjangkau usia melebihi 107tahun dan kebanyakkan informasi tentang Tok Wan Lebai Din Pinang Kotai ini diperolehi daripada beliau oleh saudara kita iaitu Abang Mansor (suami kepada Kak Murezon anak Pak Long Mat Bakar Arang). Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan ini dan sangat-sangat berharap akan dapat lebih lagi sumber daripada sesiapa sahaja yang mengetahui salasilah Tok wan Lebai Din ini dimasa-masa akan datang. Sumbangan anda semua sangat-sangat saya hargai dan di dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sebelum saya menutup seketika tirai coretan saya ini, saya mengajak anda semua untuk sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk Wa Omar yang merupakan keluarga tertua kita setakat sekarang ini. Semoga Allah Taala memelihara, memurahkan rezeki serta memanjangkan usia beliau...ameen.
Tunggu coretan akan datang mengenai "CUCU LEBAI DIN".....wassallam..
Nota penting: Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan (sumber) dalam bentuk apa sahaja boleh menghubungi saya di talian 012-978 2856 atau e-mail terus kepada
cuculebaidin@yahoo.com

1 ulasan:

  1. Rasanya gelaran lebai din pinang kotai tu silap. Lebai Din bin Abdullah, isterinya yang ketiga Zainab bt Lebai Mat (yang diberi gelaran Lebai Mat Pinang Kotai bukan Lebai Din Pinang Kotai - maklumat ini dari Tok Wan Long Mat anak kepada Tok Zainab. Pinang Kotai hanyalah gelaran saja yang diberi kpd bapa Tok Zainab). Saya adalah cucu kepada Tok Wan Long Mat iaitu anak kepada Murezon. Cuba selidik dulu dari Tok Wa Omar pula utk mendapatkan kebenaran.

    BalasPadam