Khamis, 8 Julai 2010

Cucu Lebai Din - Part II

Assalamualaikum dan salam 1 Tok Wan...

Kembali kita kepada salasilah Tok Wan Lebai Din...
Mungkin ramai dikalangan suku-sakat Tok Wan Lebai Din tertunggu-tunggu akan kemunculan coretan "Cucu Lebai Din - Part II" ini dan Part-part seterusnya..Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mempercepatkannya tetapi dengan harapan agar ramai dikalangan kita yang tampil untuk membantu memberi informasi yang terkini dan tepat. Saya cuma takut dalam keghairahan saya untuk memuatkan segala informasi tentang keluarga kita, ada yang tercicir atau tersalah maklumat. Jangan kita merasa segan atau malu untuk menyatakan kebenaran kerana kebenaran selalunya akan terserlah jua akhirnya dan saya tidak mahu ada pihak-pihak yang terluka setelah laman blog "Cucu-Cicit Lebai Din" ini selesai sepenuhnya. Sebagai ahli keluarga Tok Wan Lebai Din yang sangat-sangat kita kasihi ini, saya berharap kita semua faham dan setuju dengat matlamat asal kita iaitu untuk mengumpulkan kembali semua suku-sakat Tok Wan Lebai Din supaya kita saling mengenali di antara satu sama lain. Taklah nanti seperti kata orang " Bertumbuk dahulu, kemudian baru tahu orang yang kita tumbuk itu saudara kita".

Harini saya akan mulakan coretan saya tentang "Cucu Lebai Din - Part II" ni dengan salasilah dari cabang keluarga "Tok Nah" (tolong perbetulkan kalau saya salah) yang berasal dari pulau lagenda Langkawi. Dikhabarkan Tok Nah mempunyai tiga (3) orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Tok Wan Lebai Din iaitu (Pak Lang Mat Zain, Pak Cik Hassan dan Mak Cik Mariam). Anak Tok Nah yang sulung. Pak Lang Mat Zain dianugerahkan enam (6) orang cahaya mata iaitu (Ahmad, Hawa, Hussin, Mariam, Saad dan Kalthom) manakala Pak Cik Hassan pula di anugerahkan empat (4) orang anak iaitu (Abg Man, Che Nah, Roziah dan Aziz) dan Mak Cik Mariam pula mempunyai tujuh (7) orang zuriat iaitu (Bashah, Sapiah, Yusuf, Ayop, Khalijah, Fadzil dan Abu Hassan). Maklumat ini mungkin juga kurang tepat tetapi saya sangat-sangat berharap agar ada salah seorang dari keluarga ini yang dapat tampil membantu saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Diberitakan keluarga Abang Man anak kepada Pak Cik Hassan kini masih menetap di pulau lagenda Langkawi.


Maklumat yang saya ada ini saya perolehi dari Abang Ayop anak Mak Cik Mariam, tetapi beliau kurang yakin dengan maklumat ini ketika saya hubungi beliau melalui talipon pagi tadi. Beliau menyarankan saya supaya kalau boleh menghubungi Abang Man di Langkawi bagi butiran yang lebih tepat. Kepada sesiapa yang mempunyai nombor talipon Abang Man di Langkawi, diharap dapat menghubungi saya di talian 012-978 2856 secepat mungkin. Apa-apa pun, terima kasih saya yang tak terhingga kepada Abang Ayop yang cuba membantu sekadar termampu. Semoga Allah membalas budi dan jasa beliau...
Nota: Setakat ini cucu Lebai Din adalah seramai tiga puluh dua (32).

Sebelum saya berhenti rehat untuk seketika bagi meneruskan coretan akan datang iaitu "Cucu Lebai Din - Part III" izinkan saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf sekiranya setakat ini saya ada membuat sebarang kesilapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang itu kelemahan diri saya sendiri". Wassallam...TUNGGU EPISOD SETERUSNYA.......

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Nama saya Morni bt Ahmad (anak sulong kepada Pak Long Mat). Suami Jamil bin Mahmod. Mempunyai 6 orang anak dan 2 orang cucu. menetap di KL hampir 36 tahun. Anak2 Megawati, Rosmawati, Nordiana, Nurul Ummi, Norsheila dan Norazimah. Sekarang menetap di No. 16, Jalan 3, Kg. Perwira Jaya, Batu 4, Jalan Ampang, K. Lumpur. Boleh dihubungi di talian 019-2213045. Amat teringin sekali untuk bertemu dgn cucu-cicit TOK WAN LEBAI DIN. (gambar tertera adalah cucu Pak Long Mat dan cicit kpd Tok Wan Lebai Din

    BalasPadam
  3. Allhamdulillah...kak Murni...terima kasih diatas informasi ini...InsyaAllah..kita akan pertemukan semua cucu-cicit Lebai Din suatu hari nanti...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. mengikut ayah saya (abang man) susunan anak pak lang zain ialah bermula dengan ahmad, hawa, hussin,mariam,saad dan kalsom..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...Terima kasih bebanyak buat hasnizahussain sebab memberi maklumat yang boleh dikira tepat..Saya akan kemas kinikan maklumat mengikut maklumat terkini yang Hasnizahusaain berikan...
    Moga akn ramai lagi yang tampil dengan maklumat yang terkini supaya coretan saya menjadi tepat dan betul. Saya memohon maaf di atas kesilapan ini...
    Wassallam...

    BalasPadam